permainan video yang dibangunkan Naughty Dog pada 2020 From Wikipedia, the free encyclopedia
The Last of Us Part II adalah permainan video aksi-pengembaraan seram tahan 2020 yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment yang boleh dimainkan dalam PlayStation 4. Berkisar tentang lima tahun selepas peristiwa dalam The Last of Us (2013), pemain mengawal Ellie, berumur 19 tahun, yang mempunyai konflik dengan kumpulan pemuja misteri di Amerika Syarikat pascaapokaliptik. Permainan ini mengandungi unsur-unsur seram ketahanan dan dimainkan dari perspektif orang ketiga. Pemain boleh menggunakan senjata api, senjata improvisasi, dan senyap untuk mempertahankan diri daripada musuh dan makhluk kanibalistik yang dijangkiti oleh terikan Cordyceps yang bermutasi.
The Last of Us Part II | |
---|---|
Pembangun | Naughty Dog |
Penerbit | Sony Interactive Entertainment |
Pengarah |
|
Pereka |
|
Pengatur cara |
|
Artis |
|
Penulis |
|
Komposer | Gustavo Santaolalla |
Platform | PlayStation 4 |
Pelepasan | 19 Jun 2020 |
Genre | Aksi-pengembaraan, seram |
Mod | Pemain tunggal |
Pembangunan Part II selama enam tahun bermula pada 2014, sejurus selepas pengeluaran The Last of Us Remastered. Neil Druckmann kembali sebagai pengarah kreatif dan Gustavo Santaolalla kembali menyusun skor muzik. Permainan ini diumumkan pada Disember 2016 dan ditangguhkan dua kali, pertama untuk pembangunan lebih lanjut dan kemudian kerana masalah logistik yang timbul akibat pandemik COVID-19. Ia dilancarkan pada 19 Jun 2020 dan mendapat pujian. Mekanik permainan yang diperbaiki, kesetiaan visual, skor muzik, karakterisasi, dan persembahan para pemainnya sangat dipuji, walaupun penyampaian cerita mengenai temanya dan penggunaan kekerasan grafik mempolarisasikan para pengkritik dan peminat.[1]
Permainan ini dimainkan dari perspektif orang ketiga.[2][3] Pemain boleh menggunakan senjata api, busur, senjata improvisasi, dan gerak senyap untuk mempertahankan diri dari manusia yang bermusuhan dan makhluk kanibalistik yang dijangkiti oleh strain Cordyceps yang bermutasi. Mekanik permainan di Part II juga berkembang berdasarkan pendahulunya, The Last of Us. Di dalamnya watak pemain dapat merentasi persekitaran dengan lebih terbuka aerta dapat mencapai titik kelebihan yang lebih tinggi dengan melompat dan mendaki sambil bermain sebagai Ellie yang lebih lincah.[4] Pemain juga boleh merangkak dalam posisi rawan untuk mengelakkan musuh.[4] Sepanjang permainan, pemain mungkin mempunyai watak bukan pemain yang membantunya.[5]
Permainan ini juga menyaksikan kembalinya "Listen Mode" yang memungkinkan pemain untuk mencari musuh melalui deria pendengaran yang tinggi dan kesedaran spasial, ditunjukkan sebagai garis besar yang dapat dilihat melalui dinding dan objek.[4] Selain itu, pemain dapat mengumpulkan makanan tambahan untuk meningkatkan kemahiran di pokok kemahiran.[4] Tiga cabang utama pokok itu adalah Survival, Crafting, dan Stealth.[4] Peningkatan kelangsungan hidup meningkatkan nyawa, jangkauan Listen Mode, dan jarak lemparan.[4] Peningkatan Crafting memungkinkan peningkatan melee, peningkatan kelajuan kraf Ellie, dan kemampuan membuat asap dan bom kejutan.[4] Peningkatan Stealth meningkatkan kelajuan pergerakan ketika rawan, membunuh dalam senyap yang lebih pantas, dan membuka peredam suara pistol.[4] Part II juga memperkenalkan anjing pengawal yang dapat mengesan bau pemain.[4]
Penerimaan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
|
The Last of Us Part II mendapat "pujian sejagat", menurut agregator tinjauan Metacritic berdasarkan 102 ulasan skor daripada 112 jumlah tinjauan.[6] Ia adalah permainan PlayStation 4 ketiga tertinggi bagi markah penilain di Metacritic di belakang Red Dead Redemption 2 dan Grand Theft Auto V oleh Rockstar Games.[lower-alpha 1]
Penceritaan dan perkembangan watak permainan ini mendapat tentangan besar oleh para pemain; markah penerimaan pemain di Metacritic adalah 3.4/10 setakat 19 Jun (terdapat suatu unsur perendahan markah sengaja di sini.)[7][8] Hal ini menyebabkan pihak Metacritic menambah ciri-ciri baharu; pemain dihalang daripada memberi markah di laman-laman penerimaan bagi permainan video baharu buat sementara waktu, dan memberi peringatan kepada pemain supaya bermain sesuatu permainan itu dahulu sebelum memberi markah.[9]
Selain itu, permainan ini ditentang kerana dikatakan berniat untuk menguar-uarkan fahaman politik keadilan sosial seperti merendah-rendahkan penganut Kristian dan golongan lelaki serta menyiarkan bahan-bahan pro-LGBT.[10] Pelbagai negara di Timur Tengah dan Afrika Utara telah mengharamkan permainan video ini sebelum pelancaran lagi disebabkan oleh unsur LGBT serta ketelanjangan yang wujud dalam permainan ini.[11]
Tarikh | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
17 November 2017 | Golden Joystick Awards | Permainan Paling Ditunggu-Tunggu | The Last of Us Part II | Menang | [12] |
7 Disember 2017 | The Game Awards 2017 | Permainan Paling Dinantikan | The Last of Us Part II | Menang[lower-alpha 2] | [14] |
2 Julai 2018 | Game Critics Awards | Pujian Khas bagi Grafik | The Last of Us Part II | Menang | [13] |
Pujian Khas bagi Runut | The Last of Us Part II | Menang | [13] | ||
16 November 2018 | Golden Joystick Awards | Permainan Paling Dinantikan | The Last of Us Part II | Tercalon | [15] |
24 November 2020 | Golden Joystick Awards | Permainan PlayStation Tahunan | The Last of Us Part II | Menang | [16] |
Audio Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Penceritaan Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Rekaan Visual Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Studio Tahunan | Naughty Dog | Menang | |||
10 Disember 2020 | The Game Awards 2020 | Permainan Tahunan Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | [17] |
Pengarahan Permainan Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Penceritaan Terbaik | Neil Druckmann dan Halley Gross | Menang | |||
Pengarahan Seni Terbaik | The Last of Us Part II | Tercalon | |||
Skor dan Muzik Terbaik | Gustavo Santaolala and Mac Quayle | Tercalon | |||
Rekaan Audio Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Persembahan Terbaik | Ashley Johnson sebagai Ellie | Tercalon | |||
Laura Bailey sebagai Abby | Menang | ||||
Inovasi Ketercapaian | The Last of Us Part II | Menang | |||
Aksi/Pengembaraan Terbaik | The Last of Us Part II | Menang | |||
Suara Pemain | The Last of Us Part II | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.