From Wikipedia, the free encyclopedia
The Judge ("Si Hakim") ialah sebuah filem mahkamah Amerika Syarikat tahun 2014 arahan David Dobkin[4] dengan lakonan Robert Downey Jr., Robert Duvall, Vera Farmiga, Vincent D'Onofrio, Jeremy Strong, Dax Shepard dan Billy Bob Thornton.[4]
The Judge | |
---|---|
Pengarah | David Dobkin |
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Janusz Kamiński |
Disunting oleh | Mark Livolsi |
Muzik oleh | Thomas Newman |
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 142 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Bajet | USD45–50 juta[2][3] |
Pecah panggung | USD84.4 juta[3] |
Hank Palmer (Robert Downey Jr.), seorang peguam yang berjaya di Chicago kembali ke kampungnya di pedalaman Indiana setelah mendapat tahu khabar kematian ibunya. Dia turut memerhatikan keadaan ayahnya yang duda, Joseph Palmer (Robert Duvall), dilihat seakan nyanyuk kerana tidak dapat mengingati bailifnya sendiri.
Keesokan hari selepas ibunya dikebumikan, Hank mendapati kereta ayahnya rosak di hadapan namun Joseph tidak dapat mengingati sebarang kemalangan yang mungkin. Hank segera kembali pulang dengan rasa kecewa kerana mengesyaki Joseph, namun Hank sempat mendapati Joseph ditahan sebagai suspek dalam suatu kes kemalangan langgar lari dengan seorang mangsa yang pernah disabitkan kesalahan oleh Joseph sendiri.
Hank mengupah C.P. Kennedy (Dax Shepard) sebagai peguam wakil mereka, namun Hank melihatnya tidaj begitu cekap. Hank kembali berkhidmat sebagai peguam bela ayahnya atas rasa kasihan. Dia mendapati ayahnya menjalani kemoterapi untuk merawat barah peringkat terminalnya - kemoterapi itu turut menjejaskan daya ingatan Joseph.
Fotografi utama dimulai pada 31 Mei 2013 di Shelburne Falls, Massachusetts.[5] Pengambilan gambarnya juga dilakukan di Attleboro, Belmont, Dedham, Sunderland, dan Waltham, Massachusetts. Latar belakangnya juga difilmkan di Pennsylvania dan Worcester, Massachusetts.[6][7] Filem tersebut berlatar belakang kota fiksi Carlinville, Indiana.[8] Pemfilemannya juga dilakukan di sebuah kedai barangan antik It's About Time Clock di Millers Falls, Massachusetts.[9] Tempat tersebut adalah lokasi sebenarnya dari toko antik dalam filem tersebut.
Pada 27 Februari 2014, Thomas Newman ditunjuk untuk mengkomposisi musik untuk filem tersebut.[10] WaterTower Music merilis sebuah album runut bunyi pada 7 Oktober 2014.[11] Lagu penutup filem tersebut menampilkan versi Willie Nelson dari lagu Coldplay "The Scientist".
Filem tersebut ditampilkan di malam pembukaan Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014 pada 4 September 2014.[12] Filem tersebut tayang perdana di Los Angeles pada 1 Oktober di Academy of Motion Picture Arts and Sciences di Beverly Hills.[13] Filem tersebut dirilis pada 10 Oktober 2014 di Amerika Syarikat.[14]
The Judge meraih $83.5 juta di seluruh dunia - $13,116,226 di Amerika Utara di minggu pembukaannya, ditayangkan di 3,003 buah panggung lalu purata $4,368 diraih sepanggung dan menempati urutan ke-5 pada undian CinemaScore yang diadakan saat minggu pembukaannya di mana para penonton panggung memberikan The Judge rata-rata peringkat "A-" pada skala A+ sampai F.[15] Pemasaran terbesar di wilayah lainnya adalah Rusia, Italia dan Mexico, di mana filem tersebut masing-masing meraih $4.4 juta, $2.99 juta dan $2.84 juta.[16]
Tahun | Penghargaan / Festival Filem | Kategori | Penerima dan nominasi | Hasil |
---|---|---|---|---|
2014 | Hollywood Music in Media Awards | Skor Asli Terbaik – Filem Cereka | Thomas Newman | Tercalon |
Festival Filem Mill Valley | Filem Cereka A.S. Terbaik | The Judge (David Dobkin) | Tempat ke-2 | |
Festival Filem Heartland | Truly Moving Picture | Menang | ||
Hollywood Filem Awards ke-18 | Aktor Pembantu Tahun Ini | Robert Duvall | Menang | |
2015 | ||||
Anugerah Akademi ke-87 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Golden Globe ke-72 | Aktor Pendukung Terbaik – Motion Picture | Tercalon | ||
Screen Actors Guild Awards ke-21 | Penampilan Outstanding oleh seorang Aktor Laki-Laki dalam sebuah Peran Pendukung | Tercalon | ||
Critics' Choice Awards ke-20 | Aktor Pendukung Terbaik | Tercalon | ||
Satellite Awards ke-19 | Best Supporting Actor – Motion Picture | Tercalon | ||
Skor Asli Terbaik | Thomas Newman | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.