The Canterbury Tales
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Canterbury Tales ("Hikayat-Hikayat Canterbury", Templat:Lang-enm[nota 1]) adalah himpunan 24 cerita merangkumi lebih dari 17,000 rangkap prosa ayat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris Pertengahan oleh Geoffrey Chaucer, Ketua Hakim dan Kerani Diraja kepada Raja-Raja Edward III dan Henry IV antara tahun 1387 dan 1400.[2][3] Cerita-cerita ini menampilkan banyak aneka watak dalam suatu perjalanan dari London ke Canterbury untuk menziarahi makam santo Thomas Becket di Katedral bandar tersebut sebelum mereka menjamu di rumah tumpangan di Southwark sambil menceritakan asam garam nasib mereka.
Karya ini memasyhurkan sastera dalam bahasa Inggeris yang dituturkan masyarakat kebanyakan seharian berbanding bahasa-bahasa Perancis, Itali atau Latin yang cenderung dipilih para penulis sezaman Chaucer pada ketika itu.