Les Aventures de Tintin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Les Aventures de Tintin [lez‿avɑ̃tyʁ də tɛ̃tɛ̃] ("Pengembaraan Tintin", juga dikenali dengan tajuk bahasa Inggerisnya The Adventures of Tintin) merupakan sebuah siri komik ciptaan kartunis Belgium, Hergé. Siri komik ini merupakan antara karya komik terbitan Eropah yang paling masyhur pada kurun ke-20. Menjelang 2007, satu kurun selepas kelahiran Hergé pada 1907,[1] Tintin diterbitkan dalam lebih 70 bahasa dengan jualan melebihi 200 juta naskah,[2] dan telah disesuaikan bagi radio, televisyen, pementasan, dan filem.