Terier Bedlington
baka anjing dari England / From Wikipedia, the free encyclopedia
Terier Bedlington[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing kecil yang dinamai sempena bandar perlombongan Bedlington, Northumberland di England Timur Laut. Pada asalnya dibiakbakakan untuk berburu, terier Bedlington sejak itu telah kerap digunakan dalam perlumbaan anjing, banyak sukan anjing, serta dalam pertunjukan pengakuran dan sebagai anjing teman. Ia berkait rapat dengan terier Dandie Dinmont, whippet, dan anjing pemburu berang-berang.
Nama lain | Terier Rothbury Terier Rodbery Rothbury's lamb | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Ia diperihalkan sebagai anjing sangat serba guna namun masih bercanggah. Ia mempunyai kemahiran renang berkuasa, dapat dibandingkan dengan yang pada anjing air seperti anjing Newfoundland, dan ketara kerana sangat pantas dan mempunyai daya ketahanan tinggi. Terier Bedlington terkenal kerana keserupaan penampilannya dengan anak biri-biri. Anjing ini mempunyai pewarnaan biru, hati, atau pasir, ketiga-tiganya mungkin mempunyai titik-titik sawo matang. Bulunya membentuk toncet di kepala anjing ini. Ia tidak bersalin bulu dan mempunyai bau minimum tetapi memerlukan penjagaan bulu mingguan untuk menanggalkan bulu mati.[2][3]
Pada asalnya dikenali sebagai terier Rothbury atau terier Rodbury,[lower-alpha 2] nama "terier Bedlington" tidak digunakan untuk baka ini sehingga tahun 1825, tetapi sesetengah anjing mempunyai pedigri yang dapat dijejak kembali sejauh tahun 1782. Pertunjukan anjing pertama dengan kelas untuk terier Bedlington diadakan pada tahun 1870 di Bedlington. Terier Bedlington ditunjukkan pada pertunjukan-pertunjukan awal kerap dicelup untuk memperbaik penampilan bulunya. Pada tahun 1948, seekor terier Bedlington yang dikenali sebagai Rock Ridge Night Rocket memenangi best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club. Baka ini mempunyai angka tinggi bagi toksikosis tembaga.