Teres (geologi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam geologi, teres atau jenjang (Jawi: تيريسcode: ms is deprecated atau Jawi: جنجڠcode: ms is deprecated ) ialah bentuk muka bumi yang nampak seperti tangga. Teres mempunyai "jejak", iaitu permukaan yang rata atau landai, yang biasanya bersebelahan dengan cerun yang lebih curam, yang dipanggil "tetingkat" atau "tubir". Kedua-dua jejak dan cerun (tetingkat atau tubir) ini membentuk teres. Teres juga boleh mempunyai jejak yang dikelilingi tubir di semua sisi. Teres yang sempit selalunya dipanggil undak.[1][2]
Mendapan yang mendasari jejak dan tetingkat teres juga biasa disalah panggil "teres", menyebabkan kekeliruan.
Teres ada pelbagai cara pembentukan.