From Wikipedia, the free encyclopedia
Golf Terbuka Malaysia (tulisan Jawi : ݢولف تربوک مليسيا) sebagaimana ia kini dikenali atas sebab-sebab penajaan, ialah kejohanan golf profesional lelaki pada Lawatan Eropah dan Asia. Sejak kejohanan ini telah diadakan sejak 1962, belum pernah ada juara daripada Malaysia.
Kejohanan itu pertama kali dibenarkan oleh European Tour pada tahun 1999, sebagai sebahagian daripada pengembangan ke Asia, yang bermula pada tahun 1989. Acara pada tahun 2012 telah diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club dengan hadiah US$ 2.500.000,00.[1] Bekas pemenang termasuk bekas atlit golf nombor satu dunia, Vijay Singh, dan bintang Piala Ryder Eropah, Lee Westwood.
Ia ditaja oleh Maybank & Benson & Hedges.
Tahun | Pemenang | Mata |
---|---|---|
2013 | Kiradech Aphibarnrat | 203 (–13)* |
2012 | Louis Oosthuizen | 271 (-17) |
2011 | Matteo Manassero | 272 (-16) |
2010 | Noh Seung-yul | 274 (-14) |
2009 | Anthony Kang | 271 (-17) |
2008 | Arjun Atwal | 270 (-18)PO |
2007 | Peter Hedblom | 280 (-8) |
2006** | Charlie Wi | 197 (-19) |
2005 | Thongchai Jaidee | 267 (-21) |
2004 | Thongchai Jaidee | 274 (-14) |
2003 | Arjun Atwal | 260 (-24) |
2002 | Alastair Forsyth | 267 (-17)PO |
2001 | Vijay Singh | 274 (-14)PO |
2000 | Yeh Wei-tze | 278 (-10) |
1999 | Gerry Norquist | 280 (-8) |
Keterangan :
* Lubang golf dikurangkan 54 lubang kerana hujan
** Acara dikurangkan 3 pusingan kerana badai.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.