Terbaik dari Langit
Filem Malaysia 2014 arahan Nik Amir Mustapha / From Wikipedia, the free encyclopedia
Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت; bahasa Inggeris: Novacode: en is deprecated )[4] merupakan sebuah filem kembara fantasi sains fiksyen Malaysia 2014[5] arahan Nik Amir Mustapha terbitan bersama Astro Shaw dan Playground Productions. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.[6]
Terbaik Dari Langit | |
---|---|
Pengarah | Nik Amir Mustapha |
Penulis |
|
Lakon layar | Redza Minhat |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Jordan Chiam |
Disunting oleh | Rewan Ishak |
Muzik oleh | Pitahati |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1 juta[2] |
Pecah panggung | RM0.42 juta [3] |
Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Allahyarham Datuk Aziz Sattar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014. Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.[7] Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).