![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/a/ac/Sharifah_Amani_Menang_Anugerah_Skrin_2014.jpg/640px-Sharifah_Amani_Menang_Anugerah_Skrin_2014.jpg&w=640&q=50)
Sharifah Amani
Pelakon wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sharifah Amani binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya (lahir 10 Jun 1986) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Amani memulakan kerjaya lakonan pada 1992 menerusi watak sebagai kanak-kanak Palestin dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba. Kejayaan beliau hadir menerusi filem Sepet yang memperoleh beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-18.
Sharifah Amani | |
---|---|
![]() Amani mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2014 | |
Kelahiran | Sharifah Amani binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya (1986-06-10) 10 Jun 1986 (umur 38) |
Nama lain | Nani |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, pengacara |
Tahun aktif | 1992ākini |
Pasangan | Ahmed Faris Amir (k. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Fatimah Abu Bakar |
Bapa | Syed Zainal Rashid bin Syed Zainal Abidin Al-Yahya |
Saudara |
|
Watak lakonan Amani sebagai Orked dalam filem Gubra telah melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19. Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem pendek bertajuk Sangkar yang dikeluarkan pada 2010. Amani telah berlakon dalam beberapa filem terkenal termasuk Gol & Gincu (2005-18), Cinta (2006), Puaka Tebing Biru (2007), Selamat Pagi Cinta (2008), Muallaf (2008), Sayang You Can Dance (2009), PSIKO: Pencuri Hati (2013), Terbaik dari Langit (2014) dan Pekak (2016). Antara drama lakonannya ialah Emil Emilda (2007), Sindarela (2008) dan Tiramisu (2010).