From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Laut Perancis (Perancis: Marine nationale , "marin nasional"), gelaran tidak rasmi [La Royale] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), adalah pasukan maritim dalam Angkatan Tentera Perancis.[3] Sejarahnya boleh dijejak sehingga tahun 1624[perlu rujukan], ia merupakan salah sebuah angkatan tentera laut tertua dunia dan mengikut sejarah memainkan peranan penting dalam membentuk Empayar koloni Perancis. Seawal penubuhan lagi, peranannya telah ditakrifkan sebagai mengekalkan kecerdasan, melindungi penduduk, mencegah krisis, mencelah bilamana perlu bagi membina semula keamanan, dan menyuarakan sebarang ancaman terhadap kepentingan utama Perancis.[4] Marine nationale merangkumi empat cawangan, iaitu Force d'Action Navale, Forces Sous-marines, Aeronavale dan Fusiliers Marins (termasuk Commandos de Marine). Selaku tentera laut lepas[5] Marine nationale mengendalikan pelbagai kapal tempur, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (Charles de Gaulle), 6 buah kapal selam nuklear, 4 buah Kapal selam peluru berpandu balistik, kapal-kapal frigat, bot-bot peronda dan kapal-kapal sokongan. Tentera Laut Perancis tidak menggunakan imbuhan awalan bagi menamakan kapal-kapalnya (sebagai contoh, HMS atau KD). Wartawan asing kadangkala menggunakan imbuhan "FS" (bagi "French Ship") atau FNS (bagi "French Navy Ship"); bagaimanapun ini tidak rasmi.
Tentera Laut Perancis | |
---|---|
[Marine nationale] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |
Aktif | Tahun 1624[perlu rujukan] - kini |
Negara | Perancis |
Jenis | Tentera laut |
Saiz | 36,776 anggota (2014)[1] 130 buah kapal 206 buah pesawat[2] |
Pangkalan | Utama: Brest, Île Longue, Pelabuhan tentera Toulon. Kedua: Cherbourg, Lorient. |
Nama samaran | La Royale |
Moto | Honneur, patrie, valeur, discipline ("Maruah, Tanahair, Berani, Disiplin") |
Warna | Biru, putih, merah |
Kapal | Armada terkini |
Komander | |
Ketua Turus Tentera Laut Perancis | Laksamana Bernard Rogel |
Tanda kebesaran | |
Panji-panji tentera laut | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | Super Étendard, Rafale |
Peperangan elektronik | Hawkeye |
Pejuang | Rafale |
Helikopter | NH90, Eurocopter Lynx, Panther, Dauphin |
Helikopter utiliti | Alouette III |
Peronda | Atlantique 2, Falcon 50, Falcon 200 |
Pelatih | Mudry CAP 10, MS-88 Rallye, Falcon 10, Xingu |
Menjelang Jun 2014, Tentera Laut Perancis mempunyai sejumlah 36,776 anggota tetap. Elemen simpanan Tentera Laut Perancis mengandungi 4,827 anggota dari Rizab Operasi.[1]
Cogan kata Tentera Laut Perancis ialah Honneur, Patrie, Valeur, Discipline ("Maruah, Tanah air, Berani, Disiplin"). Moto ini boleh ditemui di geladak setiap kapal Tentera Laut Perancis. Ketua Turus Tentera Laut Perancis (chef d'état-major de la Marine, akronim CEMM) yang terkini ialah Amiral Bernard Rogel.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.