Tentera Laut Diraja British
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Laut Diraja (TLD) atau Royal Navy (RN) merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut yang utama dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.
Tentera Laut Diraja Royal Navy | |
---|---|
Ditubuhkan pada | Awal kurun ke-16 (5 kurun yang lalu) |
Negara | United Kingdom[nb 1] |
Kesetiaan | Raja Charles III |
Cawangan | Tentera laut |
Jenis | Angkatan laut lepas |
Saiz | 98 buah kapal termasuk RFA 66 buah kapal Marin Diraja 149 pesawat FAA |
Sebahagian daripada | Perkhidmatan Laut, Angkatan Tentera British |
Pejabat Staf Laut | Bangunan Utama Kementerian Pertahanan Whitehall, London, United Kingdom |
Nama samaran | Perkhidmatan Kanan |
Moto | "Si vis pacem, para bellum" "Jika anda inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang" |
Colours | Red and White |
Kawat | "Heart of Oak" |
Laman web | www.royalnavy.mod.uk |
Komander | |
Lord High Admiral | Putera Philip, Duke Edinburgh |
First Sea Lord | Laksamana Sir George Zambellas KCB DSC |
Panglima Armada | Laksamana Madya Philip Jones CB |
Second Sea Lord | Laksamana Madya David Steel CBE |
Komander terkenal | Laksamana Madya Viscount Horatio Nelson, Laksamana Armada Viscount Andrew Cunningham, Laksamana Armada Earl Louis Mountbatten |
Tanda kebesaran | |
Panji Putih[nb 2] | |
Bendera Tentera Laut[nb 3] | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | Lynx |
Peronda | Merlin, Lynx, Sea King ASaC.7 |
Pelatih | Tutor, Hawk[perlu rujukan] |
Pengangkut | Sea King |
TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalam NATO dari segi tanan armadanya [1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah dengan Tentera Laut Amerika Syarikat [2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.
Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Kor Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.