From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Darat Itali (Esercito Italiano) ialah pasukan pertahanan darat bagi Angkatan Tentera Itali. Sejarah tentera darat ini bermula sejak penyatuan Itali pada 1850-an dan 1860-an. Tentera darat ini berjuang dalam pertempuran kolonial di China, Libya (1911-1912), di utara Itali menentang Empayar Austria-Hungary semasa Perang Dunia I, Habsyah sebelum Perang Dunia II, dan dalam Perang Dunia II di Albania, Greece, Afrika utara, Rusia dan Itali sendiri. Semasa Perang Dingin tentera darat ini mempersiapkan pertahanan diri dari serangan timur oleh Pakatan Warsaw. Sejak berakhirnya Perang Dingin tentera darat ini telah terlibat secara meluas sebagai pasukan pengaman dan peperangan di Afghanistan dan Iraq.
Esercito Italiano Tentera Darat Itali | |
---|---|
Aktif | 27 Mac 1861 - kini |
Negara | Itali |
Kesetiaan | Republik Itali |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 105,062 (2012) |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Itali |
Pangkalan | Rome |
Moto | Latin: Salus Rei Publicae Suprema Lex Esto "Melindungi republik hendaklah menjadi keutamaan tertinggi" |
Kawat | Parata d'Eroi (Heroes' Parade) oleh Francesco Pellegrino, 4 Maggio (Mei 4) oleh Fulvio Creux |
Peringatan | November 4, Hari Angkatan Tentera dan Perpaduan Nasional Mei 4, Hari Tentera Darat |
Pertempuran | Risorgimento Perang 1866 Perang Itali-Habsyah Pertama Perang Itali-Turki Perang Dunia I Perang Itali-Habsyah Kedua Perang Saudara Sepanyol Penjajahan Itali keatas Albania Perang Dunia II Perang Iraq Perang di Afghanistan Perang Terhadap Keganasan |
Penobatan | 3 Cavalier Crosses of the Military Order of Italy 1 Gold Medal of Military Valor 2 Gold Medals of Civil Valor 1 Silver Medal of Civil Valor 1 Silver Medal of Civil Merit |
Komander | |
Presiden Itali | Giorgio Napolitano |
Capo di stato maggiore dell’Esercito (Ketua Turus Am Tentera Darat) | Generale di corpo d'armata Claudio Graziano |
Komander terkenal | Giuseppe Garibaldi Armando Diaz Luigi Cadorna Emanuele Filiberto, Duke Ke2 Aosta Enrico Caviglia Ettore Bastico Emilio De Bono Ugo Cavallero Pietro Badoglio Rodolfo Graziani Giovanni Messe |
Kenderaan-kenderaan tempurnya yang paling terkenal ialah kenderaan tempur infantri Dardo, pemusnah kereta kebal Centauro dan kereta kebal Ariete, dan antara pesawat terkenalnya adalah helikopter penyerang Mangusta, baru-baru ini dikerahkan dalam misi PBB.
Ibu pejabat Turus Am Tentera Darat terletak di Rom, bertentangan Istana Presiden. Tentera darat ini adalah sebuah pasukan aktif anggota sepenuh masa, berjumlah 105,062 anggota pada tahun 2012.
Tentera Darat Itali berasal daripada Tentera Darat Diraja (Regio Esercito) yang bermula dari pengisytiharan Kerajaan Itali selepas penaklukan Negeri-Negeri Paus dan penyatuan Itali (Risorgimento). Pada tahun 1861, dibawah kepimpinan Giuseppe Garibaldi, Victor Emmanuel II dari Kerabat Savoy telah dijemput mengambil alih tahta pemerintahan kerajaan baru yang merdeka.
Ekspedisi Itali telah dihantar ke China sewaktu Pemberontakan Boxer tahun 1900 dan ke Libya semasa Perang Itali-Turki tahun 1911-1912.
Tentera Darat Diraja Itali mula didedahkan dengan peperangan moden sebenar semasa Perang Dunia I. Kebanyakkan aksi pertempuran berlaku di utara Itali dan Tentera Darat Diraja mengalami banyak kasualti, lebih 700,000 orang terkorban. Terutamanya, kekerapan serangan askar-askar Itali diantara Mei 1915 dan Ogos 1917, sekali setiap tiga bulan, adalah lebih tinggi daripada tuntutan ketumbukan-ketumbukan di Barisan Barat. Disiplin orang Itali juga lebih keras, dengan hukuman berat kerana melanggar tugas yang tidak diketahui dalam tentera Jerman, Perancis, dan British.
Sewaktu Zaman antara perang Tentera Darat Diraja terlibat dalam Penjajahan Itali keatas Habsyah, menyediakan tentera dan material semasa Perang Saudara Sepanyol yang berperang sebagai Pasukan Tentera Sukarelawan (Corpo Truppe Volontarie), dan melancarkan Penjajahan Itali keatas Albania.
Di atas kertas, Tentera Darat Diraja Regio Esercito merupakan salah sebuah angkatan tentera darat terbesar dalam Perang Dunia II, walaupun hakikatnya ia tidak mampu menurunkan jumlah yang didakwa, dan merupakan salah satu perintis dalam penggunaan askar payung terjun. Kerana saiz mereka yang lebih kecil, banyak divisyen-divisyen Itali telah diperkuatkan oleh sebuah Grup Tempur (Gruppo di Assalto) daripada dua batalion Blackshirts (MVSN).
Laporan kehebatan tentera Itali dalam Perang Dunia Kedua, hampir selalu, acuh tak acuh. Persepsi ini adalah hasil daripada kegagalan serangan Itali terhadap Mesir dan prestasi tentera darat dalam Perang Greece-Itali. Kedua-dua kempen tidak dilengkapkan dan dilaksanakan secukupnya. Tentera Darat Ke-10 Itali pada awalnya mara ke Mesir tetapi menyerahkalah selepas ditolak semula ke tengah Libya dan kesemuanya dimusnahkan oleh kekuatan satu perlima dari saiznya sejak kempen tiga bulan British dalam Operasi Compass.
Kepimpinan tentera yang tidak cekap diburukkan oleh kelengkapan tentera Itali, yang kebanyakannya telah usang semasa Perang Dunia Pertama dan tidak setaraf dengan tentera Bersekutu atau tentera Jerman. Kereta kebal 'medium' Itali M11, M13, M14 dan M15 sangat lemah berbanding kereta kebal Amerika Sherman yang lebih bersenjata. Lebih teruk lagi, Itali kekurangan kuantiti yang sesuai semua jenis kelengkapan dan pemerintah tertinggi Itali tidak mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghadapi segala rintangan di medan perang, atau untuk bantuan logistik yang betul kepada tentera darat medannya. Terdapat terlalu sedikit senjata anti-pesawat, senjata anti-kereta kebal yang usang, dan terlalu sedikit trak.
Kor Ekspedisi Itali di Rusia berjuang di bawah Jeneral Giovanni Messe, yang mengakui kekurangan material dan kelengkapan dalam Kornya dan telah dipecat daripada jawatannya pada 1 November, 1942. Apabila serangan Operasi Saturn Soviet bermula pada 12 Disember, 1942 Tentera Darat Ke-8 Itali dengan cepat dihancurkan. Hanya kira-kira satu pertiga daripada tenteranya berjaya melarikan diri dari kepungan Soviet, terutama sekali dari tiga divisyen Alpini (tentera gunung) Tridentina, Julia dan Cuneense, yang berjuang dengan sengit dan hampir musnah kerana cuba melepaskan diri dari pengepungan Soviet (lihat: Pertempuran Nikolayevka).
Di Afrika Utara, Divisyen 132 Armor Ariete dan Divisyen 185 Airborne Folgore Itali berjuang habis-habisan dalam Pertempuran Kedua El Alamein. Walaupun kalah dalam peperangan, tentangan sengit tentera Itali dalam Pertempuran Keren di Afrika Timur masih diperingati hingga ke hari ini oleh tentera Itali.
Selepas kekalahan pihak Paksi di Tunisia moral tentera Itali jatuh dan apabila pihak Bersekutu mendarat di Sicily pada 10 Julai 1943 kebanyakkan divisyen Pantai Itali telah dibubarkan. Semangat yang makin lemah membawa kepada penggulingan diktator Itali Benito Mussolini oleh Raja Victor Emmanuel III dari Itali 15 hari kemudian.
Pada September 1943, Itali membuat gencatan senjata dengan pihak Bersekutu dan berpecah kepada Republik Sosial Itali - sebuah negara boneka Jerman - di utara dan kerajaan Pietro Badoglio di selatan. Askar Timbalan Setia Itali (Esercito Cobelligerante Italiano) adalah tentera pendukung raja Itali yang berjuang di sebelah pihak Bersekutu di selatan Itali selepas gencatan senjata Bersekutu dengan Itali pada September 1943. Askar Itali yang berjuang dalam tentera ini tidak lagi berperang untuk Benito Mussolini kerana kesetiaan mereka adalah kepada Raja Victor Emmanuel dan Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia) Badoglio, iaitu orang yang menyingkirkan Mussolini.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Darat Itali |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.