From Wikipedia, the free encyclopedia
Tempoh Pertengahan Ketiga merujuk pada satu tempoh Mesir Purba sejak kemangkatan Firaun Ramesses XI pada 1070 SM hingga pengasasan Dinasti ke-26 oleh Psamtik I pada 664 SM, berikutan penyingkiran pemimpin Nubia ketika Dinasti ke-25.
Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
kk. 1069 SM – kk. 664 SM | |||||||||
Ibu negara |
| ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Mesir Purba | ||||||||
Agama | Agama Mesir kuno | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Firaun | |||||||||
Sejarah | |||||||||
• Didirikan | kk. 1069 SM | ||||||||
• Dibubarkan | kk. 664 SM | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Mesir |
Tempoh ini dicirikan oleh pemerintahan beraja yang berpecah-belah. Walaupun ketika zaman Ramesses XI, Dinasti Kedua Puluh Mesir telahpun kehilangan kuasa terhadap bandar Thebes, yang para paderinya mula berkuasa. Selepas kemangkatannya, penggantinya Smendes I telah memerintah dari bandar Tanis, dan Paderi Tertinggi Amun di Thebes memerintah selatan negara tersebut ketika tempoh Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir. Malah, pembahagian ini tidaklah begitu ketara seperti yang dilihat memandangkan kedua-dua firaun dan para paderi itu berasal dari keluarga yang sama.
Negara itu kemudiannya bergabung semula oleh Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir yang diasaskan oleh Shoshenq I pada 945 SM (atau 943 SM), yang berketurunan dari pendatang Meshwesh yang berasal dari Libya purba. Hal ini membawa kestabilan terhadap negara tersebut buat lebih dari seabad, tetapi selepas pemerintahan Osorkon II, negara itu semakin berpecah menjadi dua buah negeri dengan Shoshenq III menguasai Mesir Hilir pada 818 SM manakala Takelot II dan puteranya Osorkon (bakal Osorkon III) memerintah Mesir Tengah dan Hulu. Di Thebes, perang saudara meletus menyebabkan bandar tersebut tersepit antara tentera Pedubast, yang mendakwa dirinya Firaun yang menentang waris Takelot II/Osorkon B. Konflik tersebut hanya selesai pada tahun ke 39 pemerintahan Shoshenq III iaitu apabila Osorkon B akhirnya menewaskan musuhnya. Baginda kemudiannya mengasaskan Dinasti Libya Mesir Hulu bagi Osorkon III – Takelot III – Rudamun, tetapi kerajaan ini dengan segera berpecah selepas kemangkatan Rudamun dengan naiknya negeri kota d bawah raja seperti Peftjaubast di Herakleopolis, Nimlot di Hermopolis, dan Ini di Thebes.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.