Teluk California
From Wikipedia, the free encyclopedia
Teluk California (juga dikenali sebagai Laut Cortez, Laut Cortés atau Laut Vermilion; dikenali dengan nama tempatan dalam bahasa Sepanyol sebagai Mar de Cortés atau Mar Bermejo atau Golfo de California) adalah sebuah jasad air yang memisahkan Semenanjung Baja California dari tanah besar Mexico. Ia bersempadan dengan negeri Baja California, Baja California Sur, Sonora, dan Sinaloa dengan garis pantai sepanjang kira-kira 4,000 km (2,500 bt). Sungai-sungai yang mengalir ke Teluk California termasuk Sungai Colorado, Fuerte, Mayo, Sinaloa, Sonora, dan Yaqui. Kawasan permukaan teluk adalah kira-kira 160,000 km2 (62,000 bt2).
Teluk California | |
---|---|
![]() Teluk California (diserlahkan) | |
Koordinat | 28°0′N 112°0′W |
Sumber sungai | Colorado, Fuerte, Mayo, Sinaloa, Sonora, dan juga Yaqui |
Sumber laut/lautan | Lautan Pasifik |
Negara lembangan | Mexico |
Panjang maksimum | 1,126 km (700 bt) |
Lebar maksimum | 48–241 km (30–150 bt) |
Luas permukaan | 160,000 km2 (62,000 bt2) |
Pulau | 37 |
Rujukan | [1] |
Nama rasmi | Pulau-pulau dan Kawasan Perlindungan Teluk California |
Jenis | Semula jadi |
Kriteria | vii, ix, x |
Ditetapkan | 2005 |
No. rujukan | 1182 |
Negeri | Mexico |
Rantau | Amerika Latin dan Caribbean |
Teluk ini dianggap sebagai salah satu laut yang paling pelbagai di dunia ini, dan menempatkan lebih daripada 5000 spesies mikro-invertebrata.[2] Rumah kepada lebih satu juta orang, Baja California adalah salah satu daripada semenanjung terpanjang di dunia, kedua selepas Semenanjung Tanah Melayu di Asia Tenggara.[3] Beberapa bahagian Teluk California adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO.