Tekanan (biologi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tekanan (atau stres) baik secara fisiologi, biologi, atau psikologinya adalah tindak balas dalam sesebuah organisma terhadap benda penekan seperti keadaan persekitaran[1] berupa ancaman, cabaran atau halangan fizikal dan psikologi. Rangsangan yang mengubah persekitaran organisma dirasai pelbagai sistem dalam badan.[2] Pada manusia dan kebanyakan mamalia, sistem saraf autonomi dan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (HPA) adalah dua sistem utama yang bertindak balas terhadap tekanan sebegini.[3]

Mekanisme-mekanisme stres ini dapat menjejaskan fungsi ingatan, ganjaran, fungsi imun, metabolisme dan tahap kerentanan diri terhadap penyakit.[4] Hubungan dengan penyakit mental, di mana stres kronik atau teruk tetap menjadi faktor risiko biasa bagi beberapa penyakit mental.[5]
Etimologi
Istilah "stres" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "stress". Istilah "stress" pada asalnya tidak mempunyai konotasi kontemporari sebelum tahun 1920-an. Ia adalah satu bentuk perkataan "destresse"' perkataan ini berasal daripada bahasa Inggeris Pertengahan, yang diserap melalui bahasa Perancis Lama daripada Latin iaiatu stringere (harfiah bermaksud "untuk menarik ketat").[6] Perkataan itu telah lama digunakan dalam bidang fizik untuk merujuk kepada pengagihan dalaman daya yang dikenakan ke atas jasad bahan, mengakibatkan deformasi. Pada tahun 1920-an dan 30-an, bidang biologi dan psikologi kadangkala menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada tekanan mental atau kepada agen persekitaran yang berbahaya dan menyebarkan penyakit.[7] Walter Cannon telah menggunakannya pada tahun 1926 untuk merujuk kepada faktor luaran yang mengganggu apa yang dipanggilnya homeostasis.[8] Tetapi ".. tekanan sebagai penjelasan pengalaman hidup tidak terdapat dalam kedua-dua naratif kehidupan awam dan pakar sebelum tahun 1930-an".[9]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.