![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/18/Classic_bubble_tea.jpg/640px-Classic_bubble_tea.jpg&w=640&q=50)
Teh susu mutiara
teh susu yang mengandungi bijian daripada ubi kayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶code: zh is deprecated ; pinyin: zhēn zhū nǎi chá, bahasa Inggeris: bubble teacode: en is deprecated ), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶code: zh is deprecated ; pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]
Teh (susu) mutiara Bubble tea, 珍珠奶茶 zhēn zhū nǎi chá | |
---|---|
![]() Segelas teh buih | |
Nama alternatif | Teh mutiara Teh boba (boba tea) Teh buih (bubble tea) |
Jenis | Teh susu ![]() |
Jenis sajian | Minuman |
Tempat asal | Taiwan |
Kawasan/rantau | Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand |
Bahan utama | Tepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa |
Bahan yang biasa digunakan | Tapioca, gula, teh, non-dairy creamer, susu, Coconut jelly, popping boba ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]