From Wikipedia, the free encyclopedia
Dorothea Margaretha "Teddy" Scholten (lahir van Zwieteren; 11 Mei 1926 – 8 April 2010) ialah penyanyi wanita Belanda dari Rijswijk, berdekatan The Hague, Belanda.[1]
Pada tahun 1950, beliau telah dijemput oleh The Coca-Cola Company untuk mengadakan persembahan di Amerika Syarikat.[2] Beliau ialah penyanyi pop Belanda pertama yang beraksi di AS.
Pada tahun 1959, beliau memenangi Pertandingan Lagu Eurovision 1959 untuk Belanda menerusi lagu "'n Beetje" (Sedikit), dengan muzik digubah oleh Dick Schallies dan lirik oleh Willy van Hemert.[3]
Bersama suaminya, Henk Scholten, beliau merakam beberapa album, banyak di antaranya berisi lagu untuk kanak-kanak. Pada tahun 1950-an dan 1960-an beliau muncul di rancangan televisyen popular di Belanda. Pada tahun 1965 dan 1966, beliau beraksi di Festival Lagu Kebangsaan.[4]
Teddy Scholten meninggal dunia pada 8 April 2010, pada usia 83 tahun.[5] di Rijswijk.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.