![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0d/Three_tartans.jpg/640px-Three_tartans.jpg&w=640&q=50)
Tartan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tartan (Gaelik Scotland: breacancode: gd is deprecated [ˈbɾʲɛxkən]) ialah sejenis corak terdiri daripada garisan pelbagai warna melintang dan menegak yang saling bersilang. Kain bercorak ini dahulunya diperbuat daripada kain wul yang ditenun, namun banyak bahan-bahan lain kini juga digunakan untuk membuatnya. Tartan khususnya dikaitkan dengan budaya orang Scotland, terutamanya pada pakaian tradisi kilt mereka yang mempunyai corak sebegini.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0d/Three_tartans.jpg/640px-Three_tartans.jpg)
Corak ini kini tidak hanya terhad kepada kain tekstil, tetapi juga pada bahan lain yang keras dan tidak dianyam seperti kertas, plastik dan hiasan dinding.[1]