![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fc/Bedouin_man_with_Fez.jpg/640px-Bedouin_man_with_Fez.jpg&w=640&q=50)
Tarbus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tarbus, terbus (pinjaman Arab: طربوش, rumi: ṭarbūšcode: ar is deprecated ,[1] beakar dari Parsi: سرپوش, rumi: sarpuš, lit. 'topi'code: fa is deprecated ) atau kopiah setambul ialah suatu sarung kepala berbentuk silinder dan lazim berwarna merah diperbuat daripada baldu serta dihiasi rumbai hitam di atasnya.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fc/Bedouin_man_with_Fez.jpg/640px-Bedouin_man_with_Fez.jpg)
Topi ini muncul semasa tamadun Yunani Purba,[2][3] atau rantau Balkan[4] semasa Empayar Byzantium; namun ia mula masyhur dipakai dalam kalangan ramai semasa zaman Empayar Uthmaniyah berkembang luas kuasa dah pengaruhnya.[5][6] Pada tahun 1925, tarbus telah diharamkan di Turki oleh Presiden, Mustafa Kemal Atatürk.[7] Sejak itu, tarbus bukan sebahagian daripada pakaian lelaki Turki.