Taoyuan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taoyuan merupakan sebuah bandar raya tadbiran langsung (atau perbandaran khas) yang terletak di bahagian barat laut Taiwan, bersebelahan dengan Bandar Taipei Baru, Jajahan Hsinchu, dan Jajahan Yilan. Pusat pentadbirannya terletak di Daerah Taoyuan yang membentuk sebuah kawasan metropolitan bersama Daerah Zhongli. Taoyuan berkembang daripada bandar satelit di kawasan metropolitan Taipei kepada kawasan metropolitan keempat terbesar dan bandar kelima paling ramai penduduk di Taiwan. Kemudahan berulang-alik dalam lingkungan metropolitan Taipei menyebabkan pertumbuhan penduduk yang amat pesat di Taoyuan.
Bandaraya Taoyuan
Tōen, Toahong | |
---|---|
Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E | |
Negara | Republik China |
Pusat | Daerah Taoyuan |
Daerah | 13
|
Pentadbiran | |
• Badan |
|
Keluasan | |
• Bandar raya tadbiran langsung | 1,220.95 km2 (471.41 batu persegi) |
• Bandar | 1,140 km2 (440 batu persegi) |
• Pemeringkatan | 14 of 22 |
Penduduk (Oktober 2019)[3] | |
• Bandar raya tadbiran langsung | 2,245,059 |
• Pemeringkatan | 5 / 22 |
• Kepadatan | 1,800/km2 (4,800/batu persegi) |
• Bandar | 8,535,000 |
• Kepadatan bandar | 7,500/km2 (19,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Nasional) |
Poskod | 320-338 |
Kod ISO 3166 | TW-TAO |
Burung | Tiung Biru Formosa (Urocissa caerulea) |
BUnga | Pic |
Pokok | Pic |
Laman sesawang | www.tycg.gov.tw (dalam bahasa Inggeris) |
|
Taoyuan City | |||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 桃園市code: zh is deprecated | ||||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 桃园市code: zh is deprecated | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
"Taoyuan" dalam bahasa Cina bermaksud "kebun buah pic" kerana pernah terdapat banyak pokok pic di kawasannya. Di sinilah terletaknya sebilangan besar taman perindustrian dan ibu pejabat syarikat teknologi, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang melayani ibu kota Taipei dan seluruh Taiwan utara.
Bandaraya Taoyuan dinaiktaraf daripada Jajahan Taoyuan kepada bandar raya tadbiran langsung pada tahun 2014. Pada masa yang sama, bandar Taoyuan yang dahulunya ditadbir oleh jajahan, turut dinaiktaraf kepada Daerah Taoyuan di dalam perbandaran baharu.[5]