Taman Negara Ngarai Bryce
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taman Negara Ngarai Bryce adalah sebuah taman negara yang terletak di barat daya Utah, Amerika Syarikat. Ciri utama taman ini ialah Ngarai Bryce, walaupun bukanlah ngarai, tetapi koleksi perani semula jadi gergasi di sepanjang sisi timur Penara Paunsaugunt. Bryce berbeza kerana struktur geologinya yang dikenali sebagai hoodoo, terbentuk oleh luluhawa ibun dan hakisan aliran batu-batuan enapan dasar sungai dan tasik. Warna-warna merah, jingga dan putih pada batu-batuan memberikan pemandangan menakjubkan untuk para pelawat taman. Taman Negara Ngarai Bryce adalah lebih kecil dan mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding Taman Negara Zion yang berhampiran. Sembir di Bryce bervariasi dari 8,000 hingga 9,000 kaki (2,400 hingga 2,700 m).
Taman Negara Ngarai Bryce | |
---|---|
Bryce Canyon National Park | |
IUCN Kategori II (Taman negara) | |
Lokasi | Kaunti Garfield dan Kane, Utah, Amerika Syarikat |
Koordinat | 37°35′N 112°11′W |
Ditubuhkan | 25 Februari 1928; 96 tahun yang lalu (1928-02-25) |
Pelawat | 2,679,478[1] (pada 2018) |
Badan pentadbir | Perkhidmatan Taman Negara |
Laman sesawang rasmi | |
sunting |
Kawasan Ngarai Bryce diterokai oleh perintis Mormon pada 1850-an dan dinamakan sempena Ebenezer Bryce, yang merupakan tuan tanah di kawasan itu pada 1874. Kawasan disekeliling Ngarai Bryce pada asalnya ditetapkan sebagai monumen nasional oleh Presiden Warren G. Harding pada 1923 dan ditetapkan semula sebagai taman negara oleh Kongres pada 1928. Taman Negara Ngarai Bryce meliputi kawasan seluas 35,835 ekar (55.992 bt2; 14,502 he; 145.02 km2)[2] dan menerima pengunjung yang jauh lebih sedikit daripada Taman Negara Zion (hampir 4.3 juta pada 2016) atau Taman Negara Grand Canyon (hampir 6 juta pada 2016), sebahagian besarnya disebabkan oleh lokasi Bryce yang lebih terpencil. Pada 2018, Ngarai Bryce menerima kunjungan seramai 2,679,478 orang, peningkatan 107,794 pelawat darip tahun sebelumnya.[1]