From Wikipedia, the free encyclopedia
Takar kanopi (Jawi: تاکر کانوڤي) ialah bekas yang digunakan oleh orang Mesir purba semasa proses mumia untuk menyimpan dan memelihara organ dalaman pemiliknya untuk kehidupan akhirat. Ia biasanya diukir daripada batu kapur atau diperbuat daripada tembikar.[1] Takar begini digunakan oleh orang Mesir purba dari zaman Kerajaan Lama, sehingga Zaman Akhir atau Zaman Ptolemaik, yang ketika itu organ hanya dibalut dan diletakkan bersama badan.[2] Organ-organ tidak disimpan dalam satu takar sahaja: setiap takar disediakan untuk satu organ tertentu. Istilah kanopi datang daripada salah faham ahli kaji Mesir awal dengan Kanopus (Κάνωβος) dalam legenda Yunani—kapten kepada kapal Raja Sparta, Menelaus, dalam pelayaran ke Troia—"yang dikebumikan di Kanopus di Delta di mana dia dipuja dalam bentuk takar".[3] Dalam versi lain, nama itu berasal dari lokasi Kanopus (kini Abukir) di Delta Nil barat berhampiran Iskandariah, di mana takar berkepala manusia dipuja sebagai personifikasi dewa Osiris.[4]
Takar kanopi Kerajaan Lama jarang bertulisan dan mempunyai penutup biasa. Dalam zaman Kerajaan Pertengahan, tulisan mula menjadi kebiasaan dan penutupnya sering berbentuk kepala manusia. Menjelang Dinasti Kesembilan Belas, keempat-empat penutup menggambarkan salah seorang daripada empat anak lelaki Horus, sebagai penjaga organ-organ di dalamnya.
Satu set takar kanopi datang dengan empat takar, setiap satu untuk menyimpan organ manusia yang tertentu: perut, usus, paru-paru, dan hati, semuanya dipercayai akan diperlukan si mati di akhirat. Jantung tidak mempunyai takar: orang Mesir purba percaya jiwa tinggal di dalamnya oleh itu ia dibiarkan di dalam badan.[n 1]
Organ-organ ini dikeluarkan daripada badan dan disapu berhati-hati dengan natron (pengawet semula jadi yang digunakan oleh juruawet mayat) dan dimasukkan ke dalam takar.[4]
Banyak takar kanopi dari Kerajaan Lama ditemui kosong dan rosak, walaupun di dalam makam yang tidak pernah diceroboh. Maka takar kanopi ini mungkin tidak pernah digunakan sebagai bekas. Sebaliknya, ia sebahagian daripada upacara pengebumian dan diletakkan selepas upacara dengan kosong.[7]
Rupa takar kanopi berbeza mengikut zaman. Yang paling tua berasal dari Dinasti Kesebelas atau Kedua Belas, dan diperbuat daripada batu atau kayu.[8] Takar yang paling kini berasal dari Kerajaan Baru. PadaKerajaan Lama, takar mempunyai penutup biasa, lalu pada Zaman Perantaraan Pertama takar dengan kepala manusia (mungkin menggambarkan si mati) mula muncul.[1] Kadangkala penutup takar dibentukkan (atau dicat menyerupai) kepala Anubis, dewa kematian dan pengawetan mayat. Menjelang akhir Dinasti Kelapan Belas, takar kanopi menampilkan empat anak Horus.[9] Banyak set takar masih elok dari tempoh ini, daripada pualam, aragonit, batu berkapur, dan porselin bersepuh biru atau hijau.[8] Anak-anak Horus juga merupakan dewa-dewa arah mata angin.[10] Setiap dewa bertanggungjawab melindungi organ tertentu dan dilindungi oleh seorang dewi peneman. Nama mereka:
Takar kanopi awal ditempatkan di dalam peti kanopi dan dikebumikan di dalam makam bersama-sama sarkofagus si mati.[8] Kemudian, ia kadangkala disusun sebaris di bawah usungan jenazah atau di empat penjuru bilik.[8] Selepas tempoh awal, biasanya terdapat inskripsi di bahagian luar takar yang kadangkalanya berjela-jela dan sukar difahami.[12] Sarjana Sir Ernest Budge memetik inskripsi dari zaman Saïte atau Ptolemaik yang berbunyi: "Rotimu adalah untukmu. Birmu adalah untukmu. Engkau hidup dengan apa yang Ra hidup dengan." Inskripsi-inskripsi lain menceritakan tentang penyucian di akhirat.[13]
Dalam Tempoh Perantaraan Ketiga dan kemudiannya, takar kanopi mula wujud. Teknik pengawetan mayat yang lebih baik membolehkan organ-organ untuk kekal di dalam badan; takar tradisional tetap diletakkan di dalam makam tetapi tidak dijadikan bekas untuk menyimpan organ.[14]
Banyak takar pernah dibuat dan sampel-sampel yang masih elok boleh dilihat di muzium di seluruh dunia.
Pada tahun 2020, penggalian di Saqqara menunjukkan bahawa seorang wanita bernama Didibastet, yang makamnya tidak pernah dicerobohi dan berusia 2600 tahun, ditemui di belakang dinding batu, telah dikebumikan dengan enam takar kanopi, bukan empat seperti biasa. Imbasan CT mendedahkan bahawa takar-takar tersebut mengandungi tisu manusia, menunjukkan bahawa cara Didibastet dimumiakan mungkin dibuat atas satu permintaan khas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.