Tabariyah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tabariyah (Arab: طَبَرِيَّا, rumi: Ṭabariyyācode: ar is deprecated atau طَبَرِيَّة Ṭabariyyah, Ibrani: טְבֶרְיָהcode: he is deprecated , Ṭəḇeryā; Latin: Tiberias[2]) ialah sebuah kota di pesisiran Tasik Tabariyah utara kawasan Palestin taklukan Israel.
Tabariyah | |
Location within Israel's North District | |
Daerah | |
Kerajaan | Bandar (from 1948) |
Ibrani | טְבֶרְיָה (bantuan·maklumat) |
Arab | طبرية |
Maksud nama | Kota Tiberius |
Juga dieja | Tverya (officially) |
Populasi | 39,700[1] (2007) |
Luas | 10,872 dunam (10.872 km2; 4.198 bt2) |
Diasaskan pada | c. 20 CE |
Koordinat | 32°47′23″N 35°31′29″E |
Tapak web | www.tiberias.muni.il |
Ia didirikan Herodes pada 20 TM yang kemudiannya dinamakan sempena Maharaja Tiberius.[3] Ia menjadi tumpuan banyak orang Yahudi selatan Syam ("tanah Israel") yang diusir dari Yerusalem yang musnah berikutan peperangan menentang empayar Rom dari 66 hingga 135 Masihi. Pada abad-abad kedua hingga sepuluh Masihi, ia menjadi kota diduduki Yahudi terpesat di rantau Jalil. Banyak penulisan utama anutan Yahudi yakni Masnah dan Talmud dibukukan di sana[4] sekaligus menjadi antara empat kota utama ditumpukan umat Yahudi selain Yerusalem, Khalil dan Safad.[5] Ia menjadi ibukota daerah Urdun sepanjang zaman kerajaan Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah dan Fatimiyah yang menyaksikan pembangunan hebat sebagai suatu tempat perdagangan sampailah peralihan kuasa ke Safad pada zaman Kesultanan Mamluk.[3]
Perang saudara yang meletus dan merebak menjadi fasa pertama Nakbah berikutan pengumuman Pelan Pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyebabkan warga Arab yang diancam serangan Ganah terpaksa dipindahkan keluar oleh pihak Bermandat yang turut menghalang dari masuk semula.[6][7] Banyak orang Yahudi yang berhijrah ke sini atas petempatan dijanjikan Israel yang merobohkan banyak binaan Kota Lama di sana.[8][7]