Televisi Republik Indonesia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Televisi Republik Indonesia (TVRI) atau dikenali secara sahnya sebagai Lembaga Penyiaran Publik Televisi Republik Indonesia adalah rangkaian televisyen (atau "televisi" sepertimana yang dipakai di Indonesia[1]) awam Indonesia serta rangkaian televisyen tertua di negara tersebut. Ibu pejabat kebangsaannya terletak di Gelora, Jakarta Pusat.[2]
Jenis | Rangkaian televisyen awam |
---|---|
Negara | Indonesia |
Ketersediaan | Malaysia Singapura Filipina dan Brunei, melalui TVRI World |
Ditubuhkan | 24 Ogos 1962; 61 tahun yang lalu (1962-08-24) |
Slogan | Media Pemersatu Bangsa (Media Penyatu Bangsa) |
Pendapatan | Rp137 billion (2016) |
Ibu pejabat | Jalan Gerbang Pemuda, Gelora, Jakarta Pusat |
Kawasan siaran | Seluruh negara dan seluruh dunia |
Orang penting | Pamungkas Trishadiatmoko (Pengerusi, Lembaga Pemantau) Iman Brotoseno (Pengarah Presiden) |
TVRI Nasional TVRI World TVRI Sport | |
TVRI (juga bersiaran dalam digital) | |
Gabungan | Lihat Stesen wilayah |
Laman sesawang | www |
TVRI memonopolikan penyiaran televisyen di Indonesia sehingga 24 Ogos 1989, apabila stesen televisyen komersial yang pertama RCTI mula ke udara. Bersama dengan Radio Republik Indonesia, TVRI ditukarkan menjadi sebuah badan penyiaran awam pada 18 Mac 2005, menjadi rangkaian televisyen penyiaran awam pertama dalam negara tersebut.[3]
TVRI kini bersiaran di seluruh negara Indonesia dengan kedua-dua cara penyiaran analog dan digital. TVRI mengendalikan tiga saluran televisyen berskala kebangsaan (dengan dua daripada mereka sahaja yang bersiaran dalam digital) dan juga 30 stesen televisyen wilayah (satu stesen dalam ujian) dan 361 pemancar.