From Wikipedia, the free encyclopedia
TNT Express ialah penyedia perkhidmatan pengantaran kurier antarabangsa. Syarikat ini merupakan anak syarikat FedEx, dengan ibu pejabatnya terletak di Hoofddorp (perbandaran Haarlemmermeer), Belanda.
Nama asli | TNT Express |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Perniagaan, package delivery, perusahaan |
Industri | Kurier |
Pendahulu | TNT NV |
Ditubuhkan | 26 May 2011 |
Dibubarkan | 2021 |
Ibu pejabat | Hoofddorp, Belanda |
Tokoh penting | Bert Nappier (CEO) |
Perkhidmatan | Perkhidmatan penghantaran kilat dan barang |
Hasil | €6,91 bilion (2015) |
Pemilik | FedEx |
Syarikat induk | FedEx |
Tapak web | www.tnt.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 26 Mei 2011, TNT Express secara rasmi telah dipisahkan dari syarikat induknya, TNT NV, dan kemudian mencatatkan sahamnya Euronext Amsterdam.[1] TNT NV kemudian bertukar nama kepada PostNL.
Pada Mac 2012, UPS mengumumkan hasratnya untuk membeli TNT Express dengan harga $6,7 bilion.[2] Walaupun begitu, hasrat itu dibatalkan pada Januari 2013, kerana UPS gagal mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Eropah, kerana dianggap dapat mengurangkan persaingan.[3]
Pada April 2015, FedEx mengumumkan hasratnya untuk membeli TNT Express dengan harga €4,4 bilion, kerana mereka sedang berusaha mengembangkan perniagaannya di Eropah.[4] Suruhanjaya Eropah lalu mulai menyelidiki kesan dari pemerolehan tersebut.[5] Pada 8 Januari 2016, Suruhanjaya Eropah akhirnya mempersetujui rancangan tersebut, dan pembelian TNT Express dapat diselesaikan pada 25 Mei 2016.[6][7]
Pada Ogos 2017, TNT Express terkesan dengan serangan siber NotPetya, sebahagian kerana sejumlah sistem operasi dan komunikasi TNT Express ditempatkan di Ukraine, di mana serangan tersebut berasal. TNT Express harus beroperasi secara manual selama beberapa waktu tertentu, sehingga menyebabkan kelewatan perkhidmatan. Sejumlah data pun hilang akibat serangan tersebut.[8]
TNT menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui darat dan udara di Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Timur Tengah, dan Afrika. Pada Jun 2014, TNT mengadakan percubaan penghantaran melalui kereta api untuk meningkatkan perkhidmatan di United Kingdom, dan mengurangkan pelepasan karbon.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.