From Wikipedia, the free encyclopedia
TK (TK-3) dan TKS merupakan kereta kebal kecil Poland semasa Perang Dunia Kedua.
TK-3 / TKS | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal kecil |
Tempat asal | Poland |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Poland Estonia Croatia Jerman |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Fabryka Samochodów PZInż. |
Dihasilkan | 1931 - 1939 |
Jumlah dibina | 575 |
Spesifikasi | |
Berat | 2.43/2.6 tan |
Panjang | 2.58 m |
Lebar | 1.78 m |
Tinggi | 1.32 m |
Krew | 2 (komander, pemandu) |
Armor | 4 – 10 mm |
Senjata pertama | 7.92 mm km wz.25 mesingan or 1x7.7mm mesingan Hotchkiss 2000 biji |
Enjin | enjin petrol Fiat 40/46 hp (30/34 kW) |
Kuasa/berat | 17/18 hp/tan |
Sistem ampaian | bogie |
Kapasiti minyak | 70+8 l |
Jarak operasi | 200 km (jalan), 100 km (merentas desa) |
Kelajuan | 46/40 km/h |
Kereta kebal kecil TK merupakan reka bentuk Poland yang dihasilkan sejak tahun 1931 yang berasaskan rangka Kereta kebal kecil Carden Loyd British. TKS merupakan model diperbaik dengan badan baru dan enjin yang lebih berkuasa. Perisai kenderaan TK adalah setebal sehingga 8 mm (10 mm bagi TKS). Pada tahun 1939, persenjataan semula kereta kebal kecil dengan meriam 20 mm bermula, tetapi hanya sekitar 24 disiapkan sebelum meletus Perang Dunia Kedua.
Pada 6 November 1934 Estonia membeli 6 kenderaan dari Poland, dengan perjanjian kontrak bernilai lebih 180,000 krones. Perjanjian juga termasuk satu tambahan lori berantai, dan motorsikal diberikan sebagai bonus.[1]
575 kereta kebal kecil TK/TKS membentuk sebahagian besar pasukan berperisai Poland sebelum meletus perperangan. Mereka mengalami kehilangan besar semasa Penjajahan Poland, sering kali menjadi satu-satunya kenderaan tempur berperisai yang ada. Akibat persenjataan ringan mereka yang hanyalan satu mesingan, ia tidak mempunyai peluang dalam pertempuran dengan kereta kebal Jerman, kecuali Panzer I, tetapi saiz kecilnya menjadikan ia sesuai sebagai risikan dan menyokong infantri. Hanya sejumlah kecil kereta kebal kecil bersenjata meriam 20 mm memiliki peluang bertempur dengan kereta kebal musuh; dalam satu kejadian pada 18 September 1939 sebuah TKS bersenjata 20 mm di bawah pimpinan sarjan Roman Orlik memusnahkan tiga kereta kebal Panzerkampfwagen 35(t) Jerman.
Hanya terdapat satu kereta kebal kecil TKS yang beroperasi sepenuhnya yang masih ada. Ia didermakan ke Poland oleh Muzium Kereta kebal Axvall Sweden dan sejak 2008 ia dipamerkan di Muzium Tentera Poland. Tambahan tiga kereta kebal dipamerkan di Muzium Kereta kebal Kubinka di Russia (versi TKS) dan Muzium Militeri di Belgrade, Serbia (versi TK-3 dan TKF). Yang menariknya, TKS Sweden terselamat tempoh selepas-perang di Norway, di mana ia digunakan oleh petani tempatan sebagai traktor. Satu traktor artileri C2P dijumpai di Belgium dan dibeli oleh Pusat Sejarah Nasional Tentera di Auburn, di mana ia kini sedang dipamerkan.
Tambahan kepada itu, terdapat sekurangnya dua kereta kebal kecil TKS yang beroperasi yang dibina semula oleh kumpulan penghasilan semula sejarah menurut pelan asal.
Model ujian:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.