![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4f/Wild_rabbit_us.jpg/640px-Wild_rabbit_us.jpg&w=640&q=50)
Sylvilagus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sylvilagus merupakan satu genus arnab yang tertumpu di benua Amerika. Kebanyakan ahli genusi ini ada ekor kontot yang putih pada bawahnya, maka namanya cottontail atau "arnab ekor kapas". Akan tetapi, sifat ini tidak terdapat pada sesetengah spesies dalam genus ini (misalnya, sebelah bawah ekor Arnab Ekor Kembang berwarna kelabu), apatah lagi tidak unik pada genus ini sahaja (Arnab Eropah juga berekor kontot putih).
Arnab Ekor Kapas | |
---|---|
![]() | |
Arnab Ekor Kapas Timur (Sylvilagus floridanus) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Infrakelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Sylvilagus Gray, 1867 |
Spesies jenis | |
Lepus sylvaticus Bachman, 1837 (=Lepus sylvaticus floridanus J. Allen, 1890) | |
Species | |
16, rujuk teks |
Genus ini banyak terdapat di seluruh Amerika Utara, Amerika Tengah, dan bahagian utara dan tengah Amerika Selatan, tetapi kebanyakan spesiesnya terbatas pada kawasan-kawasan tertentu. Kebanyakan spesies arnab ini bersarang rumput dan beranak dogel. Ia gemar memakan rumput, paku-pakis dan daun-daun.
Arnab bulu kapas nampaknya lebih kalis penyakit miksomatosis berbanding arnab Eropah.[1]