Syed Esa Alwee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Syed Esa bin Alwee al-Syahab (lahir 23 Oktober 1901) dilantik sebagai Timbalan dan kemudian Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kedua, selama 6 bulan 6 hari, antara 18 Mei 1964 - 24 November 1964. Mulanya beliau menjadi Timbalan kepada Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman. Selepas itu, beliau diganti oleh Tan Sri Dato' Haji Mohamad Noah Omar .
Fakta Segera Yang Berhormat Dato'Syed Esa Alwee DPMJ; JMN; PIS, PLP, JP, Anggota Parlimen Malaysia untuk Batu Pahat Dalam, Johor ...
Yang Berhormat Dato' Syed Esa Alwee DPMJ; JMN; PIS, PLP, JP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Batu Pahat Dalam, Johor | |
Dalam jawatan 1959–1971 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Fatimah Abdul Majid |
Butiran peribadi | |
Lahir | Batu Pahat Dalam, Johor |
Pasangan | Datin Sharifah Enson Ali |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Tutup
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, beliau menang di Parlimen Batu Pahat Dalam, Johor atas tiket Perikatan/UMNO. Rakannya Ali bin Ahmad turut menang di Pontian Selatan dan Datin Fatimah Hashim, (Jitra-Padang Terap) dan Datin Fatimah Abdul Majid (Johor Bharu) Timur.