sultan Melaka keenam From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Mansur Shah (Tulisan Jawi: سلطان منصور شاه; memerintah 1459 – Oktober 1477)[1] ialah gelaran kepada Raja Abdullah (Tulisan Jawi: راج عبد الله) ialah sultan Melaka yang keenam.
Sultan Mansur Syah سلطان منصور شاه | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
سلطان ملاك كأنم Sultan Melaka Keenam | |||||||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||||||
Kesultanan Melayu Melaka ke 06 | |||||||||||||||||
Pemerintahan | 1459 – Oktober 1477 | ||||||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||||||
Didahului oleh | Muzaffar Syah | ||||||||||||||||
Diikuti oleh | Alauddin Riayat Shah | ||||||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||||||
Keputeraan | - - - | ||||||||||||||||
Kemangkatan | - - | ||||||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||||||
Anakanda | - | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Kerabat | قرابة درا ملاك Kerabat Diraja Melaka | ||||||||||||||||
Wangsa | - | ||||||||||||||||
Ayahanda | - | ||||||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Sultan Mansur Syah سلطان منصور شاه |
Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Shah. Menurut Tome Pires yang menulis Suma Oriental: Mamsursa (Mansur Shah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara yang keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya.
Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan/Bintan dan pulau sekitarnya.
Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur.
Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru, Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansur Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.
Antara tindakan bijak baginda ialah menawan raja negeri yang ditawan dan mengislamkan mereka, kemudian memberikan seorang puteri Melaka sebagai permaisuri untuk raja tersebut.[perlu rujukan] Misalnya anak Raja Siak dikahwinkan dengan puteri Sultan Mansur Shah bernama Raja Mahadewi. Di beberapa negeri lain seperti Pahang dan kampar, pembesar Melaka akan mentadbir sementara sehingga diambil alih oleh putera-putera Sultan Mansur Shah yang telah besar. Tindakan ini dianggap perkahwinan untuk kesenangan (marriage of convenience) dan antara penyebab pengembangan Islam secara meluas di kawasan kepulauan Melayu.
Baginda juga mengahwini puteri-puteri dari negeri tawanan seperti Puteri Wanang Seri dari Pahang, Raden Galoh Candra Kirana[perlu rujukan] dan anak-anak menteri seperti Tun Putih Nur Pualam. Malah baginda juga mengambil puteri-puteri berbagai bangsa seperti Hang Li Po dan lain-lain sebagaimana catatan Tom Pires:
“Baginda mengambil semua puteri-puteri yang cantik-cantik daripada saudagar-saudagar Parsi dan Keling, dan menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum kahwin, dan mengahwinkan pula mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan emas kahwin; dan adat perkahwinan berlainan kaum tidak menghairankan di Melaka”
Menurut Pires lagi, Sultan juga membina masjid yang cantik di kaki Bukit Melaka berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Baginda menyuruh menurunkan cukai ke atas barang dagangan. Ini menyebabkan para pedagang berminat singgah di Melaka. Sistem Cukai Keutamaan (Preferential Tariff System) diperkenalkan dan bagi pedagang sebelah barat (misalnya India, Arab dan lain-lain) dikenakan cukai 6 %, pedagang tempatan sekitar 3% tetapi peliknya bagi negeri-negeri dari timur seperti China, Jepun dan Jawa tidak dikenakan cukai.
Tenaga kerja dan buruh mahir mudah diperolehi. Apabila istana Sultan terbakar, tenaga mahir dari beberapa negeri berdekatan datang membantu membina istana dalam tempoh yang singkat pula.
Sultan Mansur Shah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairong seri, baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih suka merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih kanan dalam segi agama. Kanun undang-undang Melaka dikatakan mirip kepada keislaman dan qadhi Melaka ketika itu ialah Sayid Yusof iaitu anak kepada Sayid Abdul Aziz yang telah mengislamkan Melaka.
Pendek kata zaman baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya kerana diperintah oleh raja yang berilmu, adil dan pencinta agama. Tambahan pula ada pembantu-pembantu negara seperi Paduka Bendahara Tun Perak dan para hulubalang. Kata Tom Pires lagi:
“..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali, nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa menjadi raja Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..”
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.