Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Sultan Johor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah GCMG GBE (17 September 1873 – 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-21, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.
Fakta Segera Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah, Pemerintahan ...
Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Moden ke-II dan Sultan Johor ke-XXI | |
Pemerintahan | 7 September 1895 - 8 Mei 1959 |
Pendahulu | Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim |
Pengganti | Sultan Ismail |
Raja Muda | Tunku Ismail |
Pasangan | Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abd Majid Sultanah Rogayah Enche' Hasnah Binti Dato' Ja'afar Ungku Intan Binti Ungku Ahmad Sultanah Helen Binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson) Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl) |
Anakanda | |
Tunku Muhammad Khalid (diputerakan dan mangkat pada bulan Ogos 1893) Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor) Tunku Haris Abu Bakar Tunku Ahmad Tunku Miriam | |
Nama penuh | |
Almarhum Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah | |
Tempat persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
Ayahanda | Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim |
Bonda | Inche Besar Zubaidah Binti Abdullah (née Cecilia Catharina Lange) |
Keputeraan | (1873-09-17)17 September 1873 Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat |
Kemangkatan | 8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85) Grosvenor House, London, England, United Kingdom |
Dimakamkan | 6 Jun 1959 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Agama | Islam |
Tutup
Fakta Segera Gaya panggilan, Gaya pertuturan ...
Gelaran hormat bagi Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar سلطان سير إبراهيم إبن سلطان أبو بکر | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
Gaya pilihan | Tuanku توانکو |
Tutup
Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Sir Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November tahun sama.