![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Sultan_abdul_momin.jpg/640px-Sultan_abdul_momin.jpg&w=640&q=50)
Sultan Abdul Momin
Sultan Brunei / From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana Sultan Abdul Momin ibni Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab (1785 – 29 Mei 1885) ialah Sultan Brunei ke-24 dari 18 November 1852 sehingga 29 Mei 1885.
Fakta Segera Abdul Momin عبد المؤمن, Pemerintahan ...
Abdul Momin عبد المؤمن | |
---|---|
![]() | |
Pemerintahan | 18 November 1852 - 29 Mei 1885 |
Pendahulu | Omar Ali Saifuddien II |
Pengganti | Hashim Jalilul Alam Aqamaddin |
Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Zubaidah Raja Aishah Pengiran Anak Fatimah Dang Siti Mawarna |
Nama penuh | |
Abdul Momin ibni Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab | |
Ayahanda | Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab |
Bonda | Pengiran Anak Babu Siti Lawiyah |
Keputeraan | 1785 Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | 29 Mei 1885 (100 tahun) Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Tutup
Baginda masyhur dengan sifat baginda yang adil, bijak, kuat beribadat dan berkeramat. Dipercayai baginda mempunyai seorang putera yang bernama Putera Shabuddin. Putera ini adalah hasil perkahwinan dengan isteri pertama baginda iaitu Pengiran Anak Fatimah ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Putera ini telah melarikan diri ke Borneo Utara (Sabah) atas faktor keselamatan. Putera ini juga membawa keris kedaulatan milik ayahandanya.