![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e9/EmperorSuleiman.jpg/640px-EmperorSuleiman.jpg&w=640&q=50)
Sulaiman al-Qanuni
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sulaiman I (Bahasa Turki Uthmaniyah: سليمانcode: ota is deprecated Sulaymān, bahasa Turki: Süleyman; dikenali sebagai Kanuni Sultan Süleyman; 6 November 1494 – 5/6/7 September 1566) merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1566. Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang (di dalam bahasa Turki Kanuni; Arab: القانونىcode: ar is deprecated , al‐Qānūnī), sebagai mengenang jasa beliau dalam pemodenan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, dengan kejayaan beliau mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakan wilayah di Hungary sebelum penaklukan beliau dipatahkan dalam Pertempuran Vienna pada tahun 1529. Beliau memberi perhatian yang lebih di Timur Tengah di dalam konflik dengan kerajaan Safavid di Parsi dan banyak jalur rumput di jauh barat Algeria yang terletak di Afrika Utara. Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi. Zaman pemerintahan beliau juga menyaksikan empayar Uthmaniyah memayungi lebih daripada 15 hingga 25 juta rakyat.
Sulaiman al-Qanuni | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Empayar Uthmaniyyah Penjaga Dua Kota Suci Khalifah Islam | |||||
![]() Suleiman dalam sebuah lukisan potret sekitar tahun 1530 | |||||
Sultan Uthmaniyyah (Maharaja) ke-10 | |||||
Pemerintahan | 30 September 1520 – 6 September 1566 | ||||
Sword girding | 30 September 1520 | ||||
Didahului oleh | Selim I | ||||
Diikuti oleh | Selim II | ||||
Keputeraan | (1494-11-06)6 November 1494[1] Trabzon, Empayar Uthmaniyyah | ||||
Kemangkatan | 6 September 1566(1566-09-06) (umur 71)[2] Szigetvár, Kerajaan Beraja Hungary | ||||
Pemakaman | Masjid Süleymaniye, Istanbul | ||||
Permaisuri | Haseki Hürrem Sultan (isteri sah) Mahidevran Sultan | ||||
Anakanda | Şehzade Mustafa Şehzade Mehmed Mihrimah Sultan Şehzade Abdullah Selim II Şehzade Bayezid Şehzade Cihangir Raziye Sultan | ||||
| |||||
Dinasti | Uthmaniyyah | ||||
Ayahanda | Selim I | ||||
Bonda | Hafsa Sultan | ||||
Tughra | ![]() |
Sulaiman I telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana, iaitu seorang gadis Eropah. Putera mereka, Selim II menggantikan Sulaiman I selepas kematian beliau pada tahun 1566 selepas memerintah selama 46 tahun.