From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukhoi Su-35BM yang juga dikenali sebagai Su-27BM atau Su-27SM2 adalah sebuah pesawat penguasaan udara / serangan pelbagai peranan berkelas berat dan jarak jauh generasi 4++.[perlu rujukan] Ia sebuah pesawat versi penambahbaikan berdasarkan pesawat Sukhoi Su-27. Su-35M telah dipertontonkan kepada umum semasa di pameran udara MAKS-2007.
Su-35BM | |
---|---|
| |
Peranan | Pejuang pelbagai peranan |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan sulung | 19 Februari 2008[1] |
Diperkenalkan | 2014 |
Status | Sedang dibangunkan |
Jumlah dibina | 1 |
Kos seunit | AS$ 40 juta (anggaran) |
Dibangunkan dari | Sukhoi Su-35 |
Satu perbezaan yang ketara berbanding dengan Su-35 adalah ketiadaan sirip hadapan (kanard), namun begitu sebagai pilihan sirip hadapan boleh dipasang sepertimana pesawat dalam siri Su-30. Rekabentuk baru kerangka pesawat juga mengurangkan kemungkinan pesawat dari dikesan oleh radar.[perlu rujukan] Enjin pesawat digantikan dengan enjin tujahan vektor 3-dimensi AL-41F1A. Salur masuk udara juga dibesarkan. Sistem pengisian minyak di udara dari jenis probe dan drogue juga telah ditambah.
Selain dari perbezaan fizikal, sistem avionik pesawat Su-35BM juga mengalami penambahbaikan, walaupun ia masih menggunakan peralatan 100% buatan Rusia.
Su-35BM dilengkapi dengan sistem radar jujukan pengimbas pasif elektronik N035 Irbis yang ditingkatkan, juga radar tambahan yang dipasang di bahagian belakang sengat ekor, pesawat terkemudian akan menggunakan radar IRBIS-E sebuah N035 yang dipertingkatkan dengan puncak kuasa yang lebih berkuasa dan memiliki ciri-ciri ECCM yang lebih baik. Sistem pertahanan diri elektronik L175M Khibiny-M dan sistem peperangan elektronik juga dipasang. Radar baru Irbis-E juga mempunyai keupayaan mencari yang lebih berkuasa.
Sistem-sistem yang lebih ringan dan terkini juga telah ditambah (termasuk sistem kawalan FNO (Fly by Optics) baru dan OLS (Optical Location System). Bahagian kokpit telah direkabentuk semula dengan menambah dua skrin LCD dan keserasian dengan paparan lekapan helmet.
Perisian pesawat Su-35BM telah diubahsuai untuk menyerasikan dengan sistem persenjataan baru. Sistem avionik baru yang lain termasuk keupayaan datalink rintangan serakan dan maklumat sasaran jarak jauh dan sistem pengawasan elektronik. Sistem-sistem avionik ini disepadukan dengan GLONASS.[2]
Data dari laman Su-35 KNAAPO,[3] risalah Su-35,[4] Su-35 di pameran udara MAKS 2007,[5] Aviapedia,[6]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.