Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن ڤاراليمڤيك موسيم ڤانس ٢٠٢٤; bahasa Inggeris: 2024 Summer Paralympics; bahasa Perancis: Jeux paralympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-17 (bahasa Inggeris: 17th Summer Paralympics Games; bahasa Perancis: XVIIes Jeux paralympiques d’été), turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan satu acara sukan antarabangsa yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 28 Ogos hingga 9 September 2024. [1][2]
Bandar tuan rumah | Paris, Perancis |
---|---|
Upacara pembukaan | 28 Ogos |
Upacara penutupan | 8 September |
Stadium utama | Stade de France |
Laman sesawang | https://www.paris2024.org/en/ |
Artikel atau bahagian ini mengandungi maklumat tentang acara sukan yang bakal berlangsung. Maklumat akan berubah mengikut perkembangan terkini sebelum temasya sukan berlangsung. |
Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik dianjurkan di Paris dan turut merupakan Sukan Paralimpik Musim Panas pertama yang dianjurkan di negara Perancis. Perancis pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1992 yang diadakan di Tignes dan Albertville. Temasya tersebut turut merupakan kali pertama Sukan Paralimpik Musim Sejuk diadakan di bandar yang sama dengan Sukan Olimpik. Sebanyak 22 acara sukan (sama seperti Tokyo 2020) akan dipertandingkan dalam edisi sukan ini.[3]
Sebanyak lima bandar telah membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri dalam proses tersebut, dan akhirnya hanya tinggal Paris dan Los Angeles yang membida. Paris diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 semasa Sesi IOC ke-131 di Lima, Peru pada 13 September 2017, manakala Los Angeles akan menganjurkan edisi 2028.[4]
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 |
---|
|