Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017 (Bahasa Turkmen: Ýapyk binalarda we söweş sungaty boýunça V Aziýa oýunlary/Япык биналарда ве сөвеш сунгаты боюнча V Азия оюнларыcode: tk is deprecated ), yang juga dikira sebagai Sukan Dalam Dewan Asia ke-5, telah diadakan di Ashgabat, Turkmenistan pada 2017.[2] Ia menjadi bandar ketiga di negara-negara bekas Soviet yang memenangi hak menjadi tuan rumah acara yang diluluskan Majlis Olimpik Asia, selepas Astana dan Almaty di Kazakhstan, yang menjadi tuan rumah bersama Sukan Asia Musim Sejuk 2011. Bandar tuan rumah telah dipilih di Kuwait pada 19 Disember 2010.[3] Pada 6 Julai 2013 bendera Majlis Olimpik Asia telah diserahkan secara rasmi kepada Datuk Bandar Ashgabat.[4]
Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Fail:2017 Asian Indoor and Martial Arts Games logo.svg | |
Bandar tuan rumah | Ashgabat, Turkmenistan |
---|---|
Cogan kata | Health, Inspiration, Friendship (Turkmen: Sagdynlyk, Ruhubelentlik, Dostluk) (Bahasa Melayu: Kesihatan, Inspirasi, Persahabatan) |
Penyertaan negara | 63 |
Penyertaan atlet | 4012 |
Acara | 348 dalam 21 sukan |
Upacara pembukaan | 17 September |
Upacara penutupan | 27 September |
Pembukaan dirasmikan oleh | Gurbanguly Berdimuhamedow[1] Presiden Turkmenistan |
Penyala obor | Pygy Baýramdurdyyew |
Stadium utama | Stadium Olimpik Saparmurat Turkmenbashi |
Laman sesawang | ashgabat2017.com |
Tutup