Stik gam (bahasa Inggeris: glue stick ) ialah pelekat padat yang diletakkan di dalam tiub silinder. Pengguna boleh menggunakan gam dengan memegang tiub yang telah terbuka agar jari mereka bersih, lalu gosokkan gam pada permukaan yang hendak disapu, biasanya permukaan kertas.
Etimologi
Berasal daripada kata dasar yang digabungkan iaitu stik dan gam.
Pengaplikasian
Kebanyakan stik gam direka cipta untuk melekatkan kertas dan kad stok bersama-sama, dan tidak sekuat seperti pelekat berasaskan cecair. Ia boleh digunakan untuk kraf dan reka bentuk, kegunaan pejabat dan di sekolah. Terdapat beberapa jenis iaitu, kekal, boleh dibasuh, bebas asid, tidak bertoksik, bebas pelarut dan dicelup.
Jenama
Pada tahun 1969, syarikat Jerman iaitu Henkel telah mencipta stik gam selepas mengkaji "kegunaan twist-up" dan kemudahan aplikator gincu. Produk ini telah dikeluarkan di bawah jenama Pritt Stick. Menjelang tahun 1971, Pritt Stick telah dijual di 38 negara, manakala pada tahun 2001 pula, ia telah dijualpasarkan lebih di 121 negara.[1] Stik gam serbaguna tanpa pelarut pertama yang boleh digunakan untuk bahan lain seperti kayu, kaca dan beberapa plastik ialah "PowerPritt", yang telah dipasarkan di pasaran pada tahun 2003. Terdapat juga "Pritt X", yang dilancarkan pada tahun 2010.[2]
Bahan
Bahan yang terkenal untuk digunakan untuk membuat stik gam adalah polivinil alkohol (PVA) atau polivinil pirolidon (PVP). Walau bagaimanapun, syarikat Henkel pada tahun 2000 tidak lagi menggunakan PVP di Pritt tetapi menggunakan kanji sebagai ganti.[3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.