Stesen keretapi Bukit Ketri merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Bukit Ketri, Perlis, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen dalam Laluan KTM Komuter Sektor Utara yang menghubungkan Padang Besar dan Butterworth. Stesen ini telah dibuka dan mula digunakan pada tahun 2015.

Fakta Segera Bukit Ketri, Lokasi ...
Bukit Ketri
Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
LokasiBukit Ketri, Perlis
Malaysia
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan kereta api Pantai Barat
Platform2 (platform sisi)
Trek2
SambunganF102 (Kangar - Kilang Gula) 
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaandisediakan
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Sejarah
Dibuka15 Oktober 1917
Dibina semula2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Padang Besar
Terminal
Laluan Padang Besar Arau
menghala ke Butterworth
Lokasi
Tutup

Sejarah

Stesen keretapi Bukit Ketri mula dibuka pada 15 Oktober 1917 setelah perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]

Lokasi

Stesen keretapi Bukit Ketri terletak di Bukit Ketri, Perlis dan berdekatan dengan beberapa pekan seperti Beseri dan Chuping. Stesen ini terletak 15 kilometer dari ibu negeri Perlis, Kangar.

Perkhidmatan kereta api

Stesen keretapi Bukit Ketri menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan Keretapi Tanah Melayu melalui KTM Komuter Sektor Utara. Terdapat sebanyak 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth serta 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth.[2]

Galeri

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.