From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen MRT Jurong East (NS1/EW24) ialah sebuah stesen pertukaran MRT di Singapura. Stesen ini dilayani oleh Laluan Utara Selatan (dahulu Laluan Branch) dan Laluan Timur Barat. Jurong East merupai antara satu daripada enam stesen pertukaran melintasi platform di Singapura, yang lain ialah City Hall, Raffles Place, Tanah Merah, Promenade dan Bayfront. Stesen ini terletak di bahagian timur Jurong, melayanikan Jurong East Neighbourhoods 1, 2 dan 4 serta pusat komersial di Jurong Gateway pada masa yang akan datang.[1]
Stesen Pertukaran Melintasi Platform Stesen Terminal | ||||||||||||||||
Lokasi | 10 Jurong East Street 12 Singapura 609690 | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Land Transport Authority (LTA) | |||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||
Platform | Pulau (dengan pertukaran melintasi platform) | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Sambungan | Bas, Teksi | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Dinaikkan | |||||||||||||||
Tingkat platform | 3 | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | NS1/EW24 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 5 November 1988 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen Jurong East juga merupakan stesen terminal untuk Laluan Utara Selatan. Pada waktu puncak pagi dan malam, keretapi dari Depot Ulu Pandan akan berhenti di Platform D/E untuk pergi ke arah Marina Bay. Pada masa ini, beberapa keretapi akan berhenti perkhidmatan di Yew Tee dan Ang Mo Kio. Apabila perkhidmatan MRT akan berhenti pada hujung hari, keretapi ke arah Marina Bay akan berhenti di Ang Mo Kio dan Toa Payoh.
Projek Pengubahsuaian Jurong East (JEMP) merupakan projek untuk mengkemaskinikan stesen Jurong East yang melibatkan pertambahan dua platform dan satu landasan di stsen tersebut, demikian membolehkan keretapi Laluan Utara Selatan untuk tiba dan berlepas pada masa yang sama. Sebelumnya, keretapi mesti bergilir-gilir untuk tiba dan berlepas dari stesen menggunakan landasan tengah. Landasan dan platform yang baru membolehkan kependekan jeda keretapi, mempendekan masa menunggu keretapi dan mengurangkan masalah keramaian orang.[2]
Platform dan landasan tersebut pada asal dijadualkan untuk membuka pada tahun 2012. Pada 12 Februari 2009, menteri kenderaan Raymond Lim mengumumkan bahawa tarikh membuka telah ditarikkan satu tahun, pada 2011. Pembinaan bermula pada tahun 2009 dan diselesaikan dan diberikan kepada pengendali, iaitu SMRT Corporation, pada suku tahun pertama 2011. Tarikh pembukaan diumumkan pada 16 Mei 2011.[3][4]
Dengan tambahan, platform asas iaitu A (ke arah Pasir Ris), B (ke arah Joo Koon), C dan D (ke arah Marina Bay) telah dinama semula sebagai C, F D dan E masing-masing, dengan platform baru dinamakan sebagai A dan B.[5]
Keretapi pertama untuk menggunakan platform dan landasan baru tiba pada 27 Mei 2011 kira-kira 7:00.[6] Pada asas, platform dan landasan baru ini akan beroperasi sahaja pada waktu puncak pagi hari kerja (Isnin - Jumaat), pada 7:00 - 9:00. Selepas 22 keretapi baru datang dan bermula perkhidmatan pada Disember 2011, platform dan landasan baru tersebut akan beroperasi pada waktu puncak malam juga.
Dengan pembukaan platform dan landasan baru ini, Stesen MRT Jurong East akan menjadi satu stesen MRT sahaja untuk mempunyai enam platform pada tingkat yang sama dan juga satu stesen ditingkat sahaja untuk mempunyai empat landasan.
Bersama dengan stesen-stesen ditingkatkan lain pada Laluan Timur Barat dan Laluan Utara Selatan, stesen ini dibina tiada pintu platform berskrin yang menghalangkan komuter untuk menjatuh ke landasan. Pada tahun 2009, pintu platform berskrin separuh tinggi dipasangkan yang mula beroperasi pada 18 Disember 2009.[7] Stesen ini stesen ditingkat yang ketiga untuk mempunyai pintu platform berskrin separuh tinggi dipasang dan beroperasi.
Destinasi | Keretapi Pertama | Keretapi Terakhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Isnin - Sabtu | Ahad & Cuti Awam | Setiap Hari | ||||
Laluan Utara Selatan (North South) | ||||||
ke NS27 Marina Bay | 5:16 | 5:35 | 22:53 | |||
ke NS19 Toa Payoh | - | - | 23:28 | |||
ke NS16 Ang Mo Kio | - | - | 0:17 | |||
Laluan Timur Barat (East West) | ||||||
ke EW1 Pasir Ris | 5:43 | 6:12 | 23:45 | |||
ke EW29 Joo Koon | 5:17 | 5:47 | 0:17 |
L3 Platform |
Platform A | Laluan North South ke arah NS27 Marina Bay melalui NS9 Woodlands (←) |
manakala pintu keretapi di Platform B akan membuka di sebelah kiri dan kanan (Platform A & B dibuka sahaja pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti awam pada 7:00 hingga 9:00) | ||
Platform B/C | Laluan East West ke arah EW1 Pasir Ris (→) | |
Platform D/E | Laluan North South ke arah NS27 Marina Bay melalui NS9 Woodlands (←) | |
manakala pintu keretapi di Platform F akan membuka di sebelah kanan | ||
Platform F | Laluan East West ke arah EW29 Joo Koon (←) | |
L2 Perhimpunan |
Perhimpunan | Pintu Bayaran, Mesin Tiket, Kawalan Stesen, Kaunter TransitLink |
L1 Kedai dan Jalanraya |
Kedai | Jurong East Xchange (masa depan) |
Jalanraya | Pertukaran Bas Jurong East |
Hubungan di dalam Jurong East, beberapa bahagian Jurong West dan bahagian-bahagian lain Singapura disediakan di Pertukaran Bas Jurong East.
Perkhidmatan-perkhidmatan bas berikut melalui perhentian-perhentian bas pada Jurong Town Hall Road:
Pada 4 Februari 2005, seorang lelaki berumur 29, Mak Hoy Meng memberikan seorang pekerja SMRT di stesen ini dua nota ditulis yang mengatakan bahawa mempunyai dua bom di antara satu stesen.[8]
Penyelia restoran itu memberitahu Yeow Meng Chai bahawa dia melihat seorang lelaki yang menjatuh nota dan juga menerangkan orang itu secara terperinci, sehingga ke jenama beg dia sedang membawa. Tetapi apabila disoalkan oleh pihak polis, dia mengakui dia telah menulis nota-nota itu sendiri dan tiada bom. Ceritanya berpecah apabila penerangan nya berbeza dalam versi kemudian. Pada masa itu, pegawai polis telah mencari secara meluas untuk lelaki itu. Walau bagaimanapun, keretapi tidak dihentikan.
Pada 10 Mac 2005, dia mengaku bersalah di bawah Peraturan United Nations (Langkah Pencegah Keganasan) untuk mencuba untuk menipu Yeow tentang satu bom pada 4 Feb 2005 pada 20:00, dan dipenjarakan untuk 2½ tahun.
Dia mengakui bahawa pada masa dia cuba menipu Yeow, dia tidak puas hati dengan pihak polis dan masyarakat secara umum, kerana dia telah dituduh mencuri dan telah dikeluarkan atas jaminan. Denda pencurian - mencuri $50 dari restoran telah dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Seorang lelaki telah tercedera apabila dia terjatuh ke dalam jurang di antara eskalator dan tangga di stesen pada pagi 6 Julai 2007. Pihak polis berkata dia jatuh ke perhimpunan di tingkat pertama stesen pada kira-kira 10:00. Lelaki itu yang berada dalam awal 50-an mengalami kecederaan kepala dan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.