Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur
stesen MRT di Kuala Lumpur, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL).[1] Ia terletak di antara Stesen MRT Titiwangsa dan Stesen MRT Raja Uda serta mempunyai kod stesen iaitu PY18.[2][3] Stesen MRT ini terdiri daripada empat aras iaitu, aras tanah di mana pintu masuk dan keluar stesen berada, aras legar, aras platform dan aras mezanin. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada tiga pintu masuk dan keluar iaitu A di Hospital Kuala Lumpur, B di Jalan Kuantan dan C di Jalan Maran.[3]
Hospital Kuala Lumpur | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568 | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 402 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada (di Hospital Kuala Lumpur) | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Mac 2023; 15 bulan yang lalu (2023-03-16) | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Nama stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S14.[4][5] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan dibuka rasmi secara rasmi 16 Mac 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut yang melibatkan stesen-stesen di sepanjang jajaran Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.[6]