![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/50/Lovastatin.svg/langms-640px-Lovastatin.svg.png&w=640&q=50)
Statin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Statin, juga dikenali sebagai perencat reduktase HMG-CoA, merupakan sejenis kelas ubat yang digunakan untuk keadaan perubatan seperti tahap kolesterol tinggi dan penyakit jantung.[2] Ubatan ini digunakan untuk pencegahan penyakit jantung pada mereka yang berisiko tinggi, dan juga pada mereka yang mempunyai penyakit jantung yang telah dikenal pasti.[3] Ubatan tersebut diambil melalui mulut.[2]
Statin | |
---|---|
Kelas ubat | |
![]() Lovastatin merupakan statin pertama dipasarkan. | |
Pengenal kelas | |
Sinonim | perencat reduktase HMG-CoA |
Kegunaan | Tahap kolesterol tinggi, penyakit jantung[1] |
Sasaran biologi | Reduktase HMG-CoA[1] |
Data klinikal | |
Drugs.com | Drug Classes |
Di Wikidata |
Kesan sampingan yang selalu ditemui termasuklah sakit kepala, sembelit dan sakit perut.[1] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kerosakan otot, masalah hati dan diabetes mellitus .[1][4] Penggunaan ubatan tersebut tidak disyorkan untuk mereka yang mengandung atau menyusukan bayi.[2] Ubatan tersebut merencat enzim reduktase HMG-CoA yang mengurangkan penghasilan kolesterol dan trigliserida.[2]
Statin ditemui pada tahun 1971 dan lovastatin mula digunakan untuk tujuan perubatan pada tahun 1987.[5] Sebilangan statin boleh didapati sebagai ubat generik dan agak murah.[2] Ubatan tersebut merupakan ubat penurun kolesterol yang paling biasa ditemui.[6] Pada tahun 2018 atorvastatin menjadi ubat yang paling banyak dipreskripsi di Amerika Syarikat dan simvastatin menjadi ubatan ke-10 yang paling banyak dipreskripsi kepada pesakit.[7]