Stand News
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stand News ( Bahasa Cina: 立場新聞) ialah tapak web berita dalam talian percuma dan bukan untung yang berpangkalan di Hong Kong dari 2014 hingga 2021. Ditubuhkan pada Disember 2014, ia merupakan pengganti kepada House News . Laman berita ini tertumpu terutamanya pada isu sosial dan politik di Hong Kong, dan secara amnya mengambil kedudukan editorial pro-demokrasi.
Stand News | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | standnews |
Jenis | News |
Tersedia dalam | Bahasa Cina Tradisional |
Ditubuhkan | 30 Disember 2014 |
Dibubarkan | 29 Disember 2021; 2 tahun yang lalu (2021-12-29) |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Best Pencil (Hong Kong) Ltd. |
Pengasas | Tony Tsoi (en) |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Media berita |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Tiada |
Dilancarkan pada | 30 Disember 2014; 9 tahun yang lalu (2014-12-30) |
Status terkini | Bubar |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Hong Kong |
Kawasan diberi khidmat | Hong Kong |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam dua tinjauan pendapat umum yang dijalankan oleh Universiti China Hong Kong pada 2016 dan 2019, Stand News mendapat kedudukan tertinggi dari segi kredibiliti dalam kalangan media berita dalam talian di Hong Kong. [1] [2]
Pada 29 Disember 2021, di tengah-tengah peningkatan penindasan kerajaan terhadap media berita berikutan enakmen undang-undang keselamatan negara Hong Kong 2020, Stand News telah diserbu oleh Pasukan Polis Hong Kong yang menangkap kakitangan kanan dan membekukan aset syarikat. Akibatnya, Stand News terpaksa memecat kakitangannya dan menghentikan operasinya sama seperti yang belaku ke atas Apple Daily pada awal tahun yang sama,. [3]