![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/19/Soyuz_TMA-08M_crew.jpg/640px-Soyuz_TMA-08M_crew.jpg&w=640&q=50)
Soyuz TMA-08M
From Wikipedia, the free encyclopedia
Soyuz TMA-08M atau Союз ТМА-08M (gelaran A.S.: 34S) ialah suatu penerbangan 2013 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia membawa tiga anak kapal Ekspedisi 35 ke ISS; dua orang angkasawan Rusia dan seorang angkasawan A.S. TMA-08M merupakan penerbangan ke-117 kapal angkasa Soyuz, yang pertama pada 1967. Kapal Soyuz ini dijadualkan terus berlabuh di stesen angkasa lepas sebagai kenderaan kecemasan bagi anak kapal Ekspedisi 36 yang akan datang.
Soyuz TMA-08M Союз ТМА-08M | |||||
---|---|---|---|---|---|
Statistik misi | |||||
Nama misi | Soyuz TMA-08M Союз ТМА-08M | ||||
Saiz anak kapal | 3 | ||||
Nama panggilan | Karat | ||||
Pelantar pelancar | Pelantar Gagarin (LC-1/5), Kosmodrom Baikonur | ||||
Pelancaran | 20:43:20, 28 Mac 2013 (UTC) (2013-03-28T20:43:20Z) | ||||
Pendaratan | September 2013 | ||||
Foto anak kapal | |||||
![]() | |||||
(ki-ka) Cassidy, Vinogradov dan Misurkin | |||||
Misi berkaitan | |||||
|
Soyuz TMA-08M menggunakan profil penerbangan pertemuan pantas 6-jam baharu yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (RSA) dan sebelum ini diuji pada penerbangan bekalan robotik Progress M-16M dan M-17M, berbanding penerbangan sebelum ini yang mengambil masa dua hari. Sebagai perbandingan, anak kapal dapat meninggalkan daratan dan menaiki Stesen Angkasa Antarabangsa dalam masa yang kurang daripada penerbangan rentas Atlantik.[1][2][3]