puteri Perancis abad ke-18 From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Sophie d'Artois (5 Ogos 1776 – 5 Disember 1783) merupakan seorang puteri Perancis dari Kerabat Bourbon.
Puteri Sophie | |
---|---|
Keputeraan | Istana Versailles, Perancis | 5 Ogos 1776
Kemangkatan | 5 Disember 1783 7) Istana Versailles, Perancis | (umur
Ayahanda | Raja Charles Philippe de France |
Bonda | Puteri Maria Theresa dari Savoy |
Puteri Sophie d'Artois diputerakan di Istana Versailles ketika waktu pemerintahan ayahanda saudara sebelah ayahanda baginda, Raja Louis XVI. Ayahanda baginda ialah Raja Charles Philippe de France, juga dikenali sebagai comte d'Artois. Bonda baginda ialah Puteri Maria Theresa dari Savoy, puteri ketiga kepada Raja Victor Amadeus III dari Sardinia dan Permaisuri Maria Antonietta dari Sepanyol.
Baginda dikenali sebagai Mademoiselle – satu gelaran yang sangat unggul yang diberi kepada puteri sulung yang belum berkahwin di istana Versailles. Puteri Sophie juga digelar Mademoiselle d’Angoulême dan Mademoiselle d'Artois – yang pertama mencerminkan Duke Angoulême yang merupakan gelaran kakanda baginda Raja Louis Antoine d'Artois. Artois disusungalurkan daripada Appanage ayahanda baginda dari County Artois.
Ayahanda baginda, sebagai putera kepada Raja Muda (Dauphin) Perancis, memegang darjat Cucunda Perancis. Raja Louis XVI bertitah mengisytiharkan puteri buah baginda dan kakanda dan adinda baginda akan dipandang sebagai Cucunda Perancis walaupun tidak diputerakan kepada seorang Raja atau Dauphin Perancis. Darjat Cucunda ini, yang sebaik sahaja diikuti Anakanda Perancis membenarkan Puteri Sophie kepada gelaran Yang Amat Mulia namun baginda sering dikenali sebagai Mademoiselle.
Puteri Sophie mangkat di Istana Versailles pada usia tujuh tahun. Baginda dimakamkan di Basilika Diraja Saint Denis di luar Paris, tempat pemakaman tradisional kerabat diraja Bourbon. Portret Puteri Sophie dan kerabat baginda wujud di Versailles, salah satu daripadanya ialah karya Élisabeth-Louise Vigée-Le Brun yang terkenal.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.