From Wikipedia, the free encyclopedia
Snuker [snu-kĕr] dimainkan atas meja segi empat tepat berlapik kain hijau dengan poket di setiap empat penjuru dan tengah setiap sisi panjang meja tersebut. Pemain mesti menggunakan batang khas agar menolak bola putih (bola kiu, cue) agar ia bergerak melanggar (pot) mana-mana 22 biji bola berwarna dalam urutan yang betul, lalu mengumpulkan mata untuk setiap tolakan tersebut. Permainan (frame) dimenangi pemain yang mengumpul mata terbanyak; perlawanan pula dimenangi pemain yang memenangi beberapa pusingan frame yang telah ditetapkan.
Badan induk tertinggi | Persatuan Biliard dan Snuker Profesional Dunia, Persekutuan Biliard dan Snuker Antarabangsa |
---|---|
Pertama kali dimainkan | tahun 1870-an |
Ciri-ciri | |
Contact | Tiada |
Jenis | Sukan kiu |
Kemunculan | |
Sukan Olimpik | diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa; membida kemasukan dalam temasya 2020[1] |
Sukan ini mula dimainkan dalam kalangan pegawai Tentera Darat British di Etawah, India pada lewat abad ke-19[2] hasil pengubahsuaian daripada permainan biliard yang wujud terlebih dahulu. Peraturan-peraturannya mula ditetapkan oleh Neville Chamberlain yang turut mempopularkan permainan ini di kediamannya di Ooty seawal tahun 1884.[3] Istilah asal "snooker" itu sendiri merupakan slanga yang merujuk kepada kadet tahun pertama serta anggota yang kurang berpengelaman, namun nama tersebut kuat dikaitkan dengan sukan ini melalui penggunaan oleh Chamberlain yang menceritakan ketidakcekapan salah satu rakan sejawatnya bermain permainan tersebut.[2]
Objektif permainan ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak mata daripada lawan dengan menyingkirkan bola objek (object balls) mengikut urutan yang betul. Bola diletakkan seperti yang ditunjukkan di gambarajah pada permulaan permainan, dan pemain kemudian mengambil giliran untuk menolak bola menggunakan hujung batang kiu untuk menyingkirkan salah satu bola merah ke dalam saku lalu sama ada untuk meraih satu mata atau sekurang-kurangnya mengelakkan membuat tembakan faul. Jika penyerang menyingkirkan bola merah, dia harus kemudian menyingkirkan salah satu dari enam bola yang berwarna selain merah). Jika pemain berjaya menyingkirkan kesemua bola berwarna ini, nilai bola yang tersingkir ditambah pada skor pemain, dan bola dikembalikan kepada posisi awalnya di meja. Selepas itu, pemain harus menyingkirkan bola merah yang lain, kemudian yang lain warna, dan begitulah seterusnya. Proses ini terus sampai penyerang gagal menyingkirkan bola yang dikehendaki, di mana lawan datang ke meja untuk bermain pusingan berikutnya.
Permainan ini berterusan sehingga kesemua bola merah disingkirkan lalu hanya enam biji bola berwarna lain yang tinggal di atas meja. Pada saat ini bola-bola berwarna hendaklah disingkirkan mengikut turutan nilai mata yang paling kurang:
Sebaik sahaja bola terakhir disingkirkan, pemain dengan mata paling banyak akan menang.[4] Sekiranya kedua-dua pemain meraih skor yang sama setelah kesemua bola disingkirkan, bola hitam diletakkan kembali di atas meja sebagai pemutus seri. Pemain boleh juga mengalah kerangka sementara mogok jika beranggapan mata yang ada tidak cukup untuk mengalahkan skor lawan; keadaan ini sering dihadapi dalam permainan tahap profesional.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.