Sleep Token
Kugiran metal alternatif British / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sleep Token merupakan sebuah kugiran metal alternatif British dari London, yang dibentuk pada 2016. Mereka adalah kolektif awanama bertopeng yang diketuai oleh seorang penggawang yang menggunakan nama Vessel. Mereka telah dikategorikan di bawah pelbagai genre, termasuk metal alternatif, post-rock/metal, metal progresif dan rock/pop indie. Selepas mengeluarkan sendiri extended play (EP) One sulung mereka pada tahun 2016, mereka mengikat dengan Basick Records dan mengeluarkan sinambungan, Two, pada tahun seterusnya. Mereka kemudiannya mengikat kontrak dengan Spinefarm Records dan mengeluarkan album penuh sulung mereka Sundowning pada 2019, yang dituruti pada 2021 oleh This Place Will Become Your Tomb. Album mereka ketiga, Take Me Back to Eden, telah dilancarkan pada Mei 2023.
Sleep Token | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | London, England |
Genre | |
Tahun aktif | 2016–kini |
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | sleep-token |
Ahli |
|