From Wikipedia, the free encyclopedia
SkyTeam ialah Perikatan penerbangan yang terdiri daripada 20 ahli penerbangan yang terbang hampir 16,000 penerbangan lebih sehari sehari yang membawa kepada 612 juta penumpang setiap tahun dengan sambungan ke 1,052 laluan di 177 negara yang disokong oleh 481,691 pekerja dan armada sekitar 3,054 pesawat selain hampir 1,580 armada yang diperbadankan di anak-anak syarikat/sekutu syarikat penerbangan anggota. Kesemua sokongan ini menjadikan SkyTeam bersedia untuk menjadi salah satu perikatan penerbangan terkemuka dan yang paling penting di dunia sebagai tambahan kepada Star Alliance dan Oneworld.[10][11]
SkyTeam Perikatan SkyTeam 天合联盟 Tiān hé liánméng Luchtteam alliantie | |
---|---|
Jumlah Ahli | 18 [1][2] 17 [3] |
Jumlah Negara Destinasi | 175[4] |
Jumlah Ahli Masa Depan | 1 (Virgin Atlantic) |
Jumlah Penumpang Tahunan (J) | 630[5] |
Slogan Syarikat Penerbangan | Caring more about you Melayu: Lebih mengambil berat tentang anda [6] |
Tarikh Penubuhan | 22 Jun 2000 |
Hab | 1,150+[7] |
Saiz Armada | 3,054 |
Orang Penting | |
Ibu Pejabat | Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dan Haarlemmermeer, Holland Utara, Belanda |
Laman Sesawang | www |
Skyteam Alliance | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 天合联盟 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 天合聯盟 | ||||||
Maksud harfiah | Perikatan pasukan langit | ||||||
|
• SAUDIA - (SV, SVA, SAUDIA)
• China Eastern Airlines - (MU, CES, CHINA EASTERN)
• Xiamen Airlines - (MF, CXA, XIAMEN AIR)
• Garuda Indonesia - (GA, GIA, INDONESIA)
• Korean Air - (KE, KAL, KOREAN AIR)
• Middle East Airlines - (ME, MEA, CEDAR JET)
• Aeroflot - (SU, AFL, AEROFLOT)
• China Airlines - (CI, CAL, DYNASTY)
• Vietnam Airlines - (VN, HVN, VIET NAM AIRLINES)
Nota: Tiada data Logo yang tersedia untuk Syarikat Penerbangan Aeromexico, China Airlines, China Eastern Airlines, Garuda Indonesia, Saudia, Vietnam Airlines dan Xiamen Air.
SkyTeam adalah satu daripada tiga pakatan syarikat penerbangan utama di dunia. Ditubuhkan pada bulan Jun 2000, SkyTeam ialah yang terakhir dari tiga pakatan yang diasaskan, dua yang pertama ialah Star Alliance dan Oneworld. Jumlah penumpang tahunannya ialah sebanyak 630 juta (2019), yang terbesar kedua daripada tiga pakatan utama. [15][16][17] Sehingga Januari 2019, ahli dalam pakatan SkyTeam terdiri daripada 19 syarikat penerbangan dari lima benua dan beroperasi dengan slogan "Prihatin lebih banyak tentang anda". Ia juga mengoperasikan aliansi kargo bernama SkyTeam Cargo, yang bekerjasama dengan sepuluh syarikat penerbangan, semuanya ahli SkyTeam. Pasukan pengurusan berpusatnya, SkyTeam Central, berpusat di World Trade Center Schiphol Airport di Lapangan Terbang Schiphol di Haarlemmermeer, Belanda. [18][19]
Sehingga November 2019, Ahli SkyTeam terbang ke lebih dari 1,150 destinasi di lebih dari 175 negara dan mengendalikan lebih daripada 14,500 penerbangan setiap hari. Perikatan dan anggotanya mempunyai 750 bilik rehat di seluruh dunia. [20]
Pada 22 Jun 2000, wakil yang terdiri dari Syarikat Penerbangan Delta Air Lines, Aeroméxico, Air France, dan Korean Air mengadakan pertemuan di Bandaraya New York untuk membentuk pakatan syarikat penerbangan ketiga.[21] kesemua empat Syarikat Penerbangan tersebut menjadi Peneraju yang Menubuhkan pakatan SkyTeam. Selepas penubuhannya, SkyTeam akan menawarkan kepada pelanggannya sebanyak 6,402 penerbangan setiap hari ke 451 destinasi di 98 negara. pada September 2000 , Pakatan itu menubuhkan Pakatan saudaranya yang berkhidmat Antar Barang iaitu, SkyTeam Cargo. Anggota sulung kumpulan itu ialah Aeromexpress, Air France Cargo, Delta Air Logistics dan Korean Air Cargo.[22] Pada bulan berikutnya, pakatan syarikat penerbangan yang baru saja ditubuhkan mengumumkan niatnya untuk menggabungkan CSA Czech Airlines sebagai ahli ke-5 pada bulan April tahun berikutnya.[23]
Perikatan itu menyaksikan penyertaan CSA Czech Airlines pada 25 Mac 2001;[24] Alitalia memasuki pakatan SkyTeam pada 27 Julai di tahun yang sama,[25] dengan keahliannya dijadualkan berkuatkuasa 1 November tahun itu.[26] pada Tarikh 30 September 2001, pakatan tersebut menerima permohonan Syarikat Penerbangan KLM untuk menjadi ahli, berikutan rancangan syarikat penerbangan untuk mewujudkan kumpulan syarikat penerbangan terkemuka dengan Syarikat Penerbangan Air France.[27] di tahun 2003, Anak Syarikat Delta Air Lines, Delta Express, telah digantikan oleh Syarikat Penerbangan Song.[28][29] pada tahun yang sama, Pakatan SkyTeam juga melancarkan laman web yang lebih baik yang difokuskan untuk memberi lebih banyak maklumat kepada penumpang, peningkatan interaktiviti dan sumber lain.[30]
pada Tarikh 24 Mei 2004, Aeroflot, Syarikat Penerbangan pembawa bendera (Nasional) dan utama Rusia, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pakatan SkyTeam sebagai hasrat untuk menjadi Ahli penuh. Acara ini berlangsung di Kremlin berikutan permohonan syarikat penerbangan pada awal tahun untuk menjadi ahli.[31][32] SkyTeam expressed that Aeroflot has not met the consortium's standards, but that the airline's large hub networks made it ideal for the alliance, and made up for its deficiencies.[33]
pada 28 Ogos, Syarikat Penerbangan China Southern Airlines, yang merupakan Syarikat Penerbangan yang terbesar di Republik Rakyat China, menandatangani perjanjian awal di Guangzhou dalam usahanya untuk menjadi ahli penuh.[34] Di hadapan sejumlah pegawai China dan syarikat penerbangan, Yan Zhiqing, sebagai ketua China Southern Airlines, mengatakan,
"Acara menandatangani perjanjian ini merupakan langkah penting ke depan untuk masa depan bagi China Southern Airlines untuk menyesuaikan diri dengan keperluan lebih lanjut pembaharuan dan pembukaan kepada masyarakat antarabangsa, kerana ia akan memperkuat kerjasama antarabangsa antara syarikat penerbangan dan daya saing global.
pada 13 September, Syarikat Penerbangan Continental Airlines, Syarikat Penerbangan KLM dan Syarikat Penerbangan Northwest Airlines bergabung ke dalam Pakatan itu.[35][36][37] Kemasukan serentak mereka ialah acara pengembangan terbesar dalam sejarah pakatan syarikat penerbangan. Hasil daripada tiga anggota baharu, Pakatan SkyTeam melampaui Ppakatan Oneworld untuk menjadi pakatan syarikat penerbangan kedua terbesar, yang melayani 341 juta pelanggan dengan sebanyak 14,320 penerbangan harian ke 658 destinasi di 130 negara.[38]
Walaupun ahli syarikat penerbangan yaitu, CSA Czech Airlines berjanji untuk membantu syarikat penerbangan Malév Hungarian Airlines menjadi ahli bersekutu dalam perikatan (berbanding dengan anggota penuh, rakan sekutu tidak mempunyai hak suara), syarikat penerbangan Malév Hungarian Airlines memilih untuk bergabung dengan pakatan Oneworld, menandatangani Memorandum Persefahaman pada akhir Mei. Beberapa hari kemudian, Pakatan SkyTeam mengumumkan empat ahli bersekutu baharu untuk bergabung menjelang tahun 2006, masing-masing "ditaja" oleh syarikat penerbangan ahli yang ada:
Setiap rakan sekutu mengamalkan Program Penerbangan Kerap yang dimiliki oleh ahli penuh:
Mengikuti proses penyertaan selama 23 bulan sejak Mei 2004 ,[43] syarikat penerbangan Aeroflot bergabung kedalam pakatan SkyTeam pada Tarikh 14 April 2006.[44] Ia adalah syarikat penerbangan Rusia pertama yang dikaitkan dengan sebarang pakatan syarikat penerbangan.[45][46] syarikat penerbangan Aeroflot telah meningkatkan standard operasinya, melewati Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang diuji oleh IATA (persatuan pengangkutan udara antarabangsa) dan lulus audit tersebut. Anak syarikat Delta Air Lines iaitu syarikat penerbangan Song terus beroperasi sebagai Delta Air Lines.[47] pada bulan Jun, diumumkan bahawa syarikat penerbangan Portugália akan menjadi calon rakan sekutu berikutnya.[48] Walau bagaimanapun, pada bulan November, syarikat penerbangan saingan dan ahli dari pakatan Star Alliance iaitu, syarikat penerbangan TAP Air Portugal, membeli 99.81% syarikat penerbangan, yang akhirnya mengakhiri pencalonannya.[49]
pada Tarikh 4 September 2007, Syarikat penerbangan Air Europa dan Syarikat penerbangan Copa Airlines,[nb 1] dan Kenya Airways menjadi ahli program Asosiasi dalam pakatan SkyTeam,[51] yang dilancarkan untuk melayani syarikat penerbangan di kawasan strategik yang bertujuan untuk bergabung dengan pakatan itu.[52][53] Syarikat Penerbangan China Southern Airlines bergabung kedalam pakatan SkyTeam pada 15 November untuk menjadi ahli penuh ke-11 dan syarikat penerbangan pertama dari Tanah besar China yang bergabung dengan pakatan itu.[54]
di Jun 2008 ,[55] berikutan perjanjian antara Syarika Penerbangan Continental Airlines dan Syarikat Penerbangan United Airlines,[56] yang pertama, serta Syarikat Penerbangan Copa Airlines, mengumumkan hasrat mereka untuk pindah ke pakatan Star Alliance selepas penerbangan terakhir Continental dengan pakatan SkyTeam pada Tarikh 24 Oktober 2009.[57][58][59] Pada hari itu, seperti yang diumumkan, Syarikat Penerbangan Continental Airlines dan Copa Airlines serentak meninggalkan pakatan SkyTeam.[60][61] Syarikat Penerbangan Continental Airlines bergabung ke dalam pakatan Star Alliance tiga hari kemudian;[62] pada waktu itu, dikhabarkan bahawa pertukaran itu adalah langkah awal kepada Syarikat Penerbangan Continental Airlines dalam penggabungan dengan Syarikat Penerbangan United-Continental.[63]
pada April 2009 , pakatan itu menandatangani perjanjian awal dengan Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines agar syarikat penerbangan itu menjadi anggota penuh di tahun 2010.[64] juga di tahun 2009, syarikat penerbangan Alitalia-Linee Aeree Italiane melancarkan semula operasi penerbangan sebagai Syarikat penerbangan Alitalia yang baharu,[65] dan pakatan itu mengumumkan inisiatif ke arah pengurusan terpusat yang berpusat di Amsterdam.[66] Konsortium itu juga menamakan pengarah urusan baharu, Marie-Joseph Malé, menguraikan garis masa untuk pembukaan kemudahan yang terletak di Lapangan Terbang Heathrow London, dan melancarkan liveri khas yang baharu.[67]
untuk memulakan tahun 2010, kedua-dua sijil operasi syarikat penerbangan Northwest Airlines dan syarikat penerbangan Delta Air Lines digabungkan menjadi satu pada 1 Januari secara rasmi,[68] pada 9 Mac, Syarikat penerbangan China Southern Airlines mengumumkan rancangan syarikat untuk bergabung kedalam pakatan SkyTeam Cargo.[69][70][71] Dengan keanggotaan dijangka diberikan pada bulan November pada tahun yang sama, syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan Republik Rakyat China pertama yang bergabung dalam pakatan penerbangan kargo global.[72] pada 16 April Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines mengumumkan hasrat syarikat untuk bergabung ke pakatan SkyTeam, dengan upacara penyertaan rasmi pada awalnya dijangka berlaku pada pertengahan 2011.[73][74] Pengumuman itu dibuat sejurus selepas penggabungan syarikat penerbangan itu dengan syarikat penerbangan Shanghai Airlines, yang merupakan ahli dari pesaing Pakatan SkyTeam, iaitu Pakatan Star Alliance.
Pada 10 Jun, syarikat penerbangan Vietnam Airlines menjadi ahli penuh selepas upacara penyertaan yang diadakan di Hanoi.[75][76] Syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan SkyTeam pertama dari rantau Asia Tenggara, di mana pakatan Star Alliance mempunyai kehadiran yang kuat melalui Syarikat Penerbangan Singapore Airlines dan Syarikat Penerbangan Thai Airways International. Dengan tambahan 20 destinasi unik yang ditambahkan pada peta laluan SkyTeam, syarikat penerbangan Vietnam Airlines membantu mengukuhkan pijakan pakatan di rantau ini.[77]
Pada 22 Jun, para CEO dan pengerusi dari 13 syarikat penerbangan ahli berkumpul di Bandaraya New York untuk meraikan hari jadi ke-10 pakatan tersebut.[78] Selama dekad pertama operasi, perikatan syarikat penerbangan kedua terbesar di dunia dengan lebih dari tiga kali ganda keahliannya, menggandakan penerbangannya dan hampir menggandakan destinasi.[79] Pada hari yang sama, pakatan SkyTeam mengumumkan bahawa ia telah memperbaharui program keahliannya, dengan itu meningkatkan status Air Europa, Kenya Airways dan TAROM dari ahli bersekutu menjadi ahli penuh.[80] Semasa upacara tersebut, Lembaga menggariskan rancangannya untuk merekrut ahli dari Amerika Latin (Amerika Selatan) dan India.[81] Tiga hari kemudian, TAROM secara rasmi menjadi ahli SkyTeam ke-13.[82] Sebagai sebahagian daripada perayaan tersebut, pakatan SkyTeam menawarkan pengurangan tambang bulanan dunia[83] dan promosi lain. Selepas hari jadi pakatan SkyTeam ke-10, SkyTeam bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan dan mempererat kerjasama antara ahlinya untuk menambah pengembangan ke wilayah yang belum memiliki ahli SkyTeam.[84]
"Di Amerika Selatan, India dan Afrika, jelas akan ada pertarungan penting untuk memposisikan pasukan penerbangan yang baik dalam pakatan anda." - Leo van Wijk, ketua pengerusi semasa acara hari jadi ke-10 SkyTeam[85]
— Leo van Wijk, ketua pengerusi semasa acara hari jadi ke-10 SkyTeam[86]
Semasa tahun ini, Delta Air Lines menawarkan sebuah tawaran dengan sebanyak US$1.02 bilion untuk syarikat penerbangan Japan Airlines selepas syarikat penerbangan Asia yang terbesar tersebut difailkan untuk muflis kerana hutang dengan sebanyak US$26 bilion,[87] pada masa yang sama mencuba melobi ahli Oneworld terbesar di Asia untuk beralih ke pakatan SkyTeam.[88] syarikat penerbangan Delta Air Lines, bersama dengan syarikat penerbangan American Airlines, mahu syarikat penerbangan Japan Airlines berada dalam pakatan masing-masing untuk mendapat keuntungan dari Perjanjian Open Skies antara Amerika Syarikat dan Jepun. Akhirnya, syarikat penerbangan Japan Airlines memilih untuk tetap berada di pakatan Oneworld, dengan alasan bahawa beralih ke pakatan SkyTeam akan mengelirukan penumpangnya dan mungkin tidak mendapat kekebalan antimonopoli dari pengawal selia Amerika Syarikat [89]
SkyTeam menerima permohonan kedua untuk keahlian penuh dalam jangka masa lima bulan. syarikat penerbangan China Airlines, syarikat penerbangan nasional dan terbesar dari Taiwan, mengumumkan di pertengahan bulan-September bahawa secara rasmi telah memulakan proses bergabung.[90][91][92] Selepas bergabung, rangkaian laluan syarikat penerbangan itu menambah rangkaian Syarikat Penerbangan China Southern Airlines dan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines, yang memungkinkan kerjasama antara ketiga-tiga syarikat penerbangan itu. pada bulan berikutnya, Aerolíneas Argentinas menandatangani perjanjian untuk memulakan proses rasmi menjadi ahli SkyTeam Amerika Selatan yang pertama. Syarikat penerbangan itu dijangka bergabung pada tahun 2012.[93][94][95]
pada 1 November, syarikat penerbangan Shanghai Airlines keluar dari pakatan Star Alliance untuk bergabung ke dalam pakatan SkyTeam, pada masa hadapan di bawah syarikat induknya, ahli SkyTeam masa depan iaitu, China Eastern Airlines. Ini meningkatkan kehadiran SkyTeam di Republik Rakyat China dan kawasan sekitarnya, menjadikan pakatan SkyTeam sebagai pakatan nombor satu di rantau ini.[96] syarikat penerbangan Garuda Indonesia secara rasmi memulakan proses penyertaannya pada 23 November dan dijadualkan dengan disatukan pada tahun 2012.[97] Selepas bergabung, syarikat penerbangan tersebut menjadi syarikat penerbangan serantau di Asia Tenggara kedua yang bergabung dengan pakatan SkyTeam, oleh itu mencabar dominasi pakatan Star Alliance di rantau ini melalui syarikat penerbangan Thai Airways International dan syarikat penerbangan Singapore Airlines.
pada Tarikh 10 Januari 2011, syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines menandatangani perjanjian untuk menyertai pakatan SkyTeam pada tahun 2012.[98] pada 28 Februari di tahun yang, syarikat penerbangan Middle East Airlines bersetuju untuk masuk kedalam pakatan.[99][100] Syarikat penerbangan ahli dalam pakatan SkyTeam, iaitu Delta Air Lines dan Air France-KLM dilantik oleh Goldman Sachs pada akhir bulan Februari 2011 untuk menasihati mereka mengenai tawaran potensial untuk 51% (Lime puluh satu peratus) kepemilikan Encik Richard Branson di syarikat penerbangan Virgin Atlantic, yang dapat menyebabkan syarikat penerbangan bergabung dengan pakatan SkyTeam dan akan meningkatkan jejak pakatan secara tajam di London. pakatan Star Alliance sebagai saingan dan syarikat penerbangan Etihad Airlines juga sedang menyiasat pilihan bersaing berkenaan dengan syarikat penerbangan Virgin Atlantic.[101] syarikat penerbangan China Eastern Airlines bergabung kedalam pakatan pada Tarikh 21 Jun 2011, bersama dengan anak syarikatnya, iaitu syarikat penerbangan Shanghai Airlines, untuk menjadi ahli ke-14.[102][103] lalu pada tahun yang sama iaitu tahun 2011, pada 28 September, syarikat penerbangan China Airlines bergabung dengan pakatan SkyTeam.[104] pada bulan November di tahun yang sama, syarikat penerbangan Xiamen Airlines komited untuk digabungkan sebagai ahli penuh pada akhir tahun 2012,[105] dengan kemasukan syarikat penerbangan itu yang di sokong oleh syarikat penerbangan China Southern Airlines.[106]
pada Tarikh 29 Mei 2012, syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama yang bergabung dalam pakatan pada tahun 2012 dan yang pertama berpusat di Timur Tengah (Asia Barat), yang menjadikan jumlah ahli menjadi 16 ahli dalam pakatan SkyTeam.[107][108] Pada hari yang sama penubuhannya, syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines dinamakan semula menjadi Saudia.[109] syarikat penerbangan Middle East Airlines menjadi ahli perikatan ke-17 sebulan kemudian, selepas penubuhannya pada Tarikh 28 Jun 2012.[110][111] pada tarikh 29 Ogos 2012, syarikat penerbangan Aerolíneas Argentinas menjadi syarikat penerbangan pertama Amerika Selatan dan syarikat penerbangan kedua Amerika Latin (termasuk kawasan Amerika Tengah) yang bergabung dalam perikatan SkyTeam,[112][113] menjadikan jumlah ahli menjadi 18 ahli dalam pakatan SkyTeam.[114] Setelah penubuhannya pada Tarikh 21 November 2012, Syarikat penerbangan Xiamen Airlines menjadi ahli keempat di Tanah besar China,[115] dengan jumlah ahli keseluruhan dalam pakatan SkyTeam meningkat menjadi 19 ahli.[116][117][118] pada penghujung bulan Jun 2013 , akhbar Rusia Kommersant menerbitkan artikel yang menyebutkan bahawa Syarikat Penerbangan Aeroflot sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan perikatan SkyTeam kerana tidak bersetuju dengan syarikat penerbangan Delta Air Lines mengenai harga di beberapa laluan ke Amerika Utara. Laporan itu juga menyebutkan bahawa syarikat penerbangan Rusia itu mempertimbangkan untuk bergabung dengan pakatan Star Alliance.[119] Untuk menilai faedah keahlian SkyTeam, kajian dilakukan pada bulan Julai; mengikut dari itu, lembaga syarikat penerbangan Aeroflot mengesahkan semula kedudukannya dalam pakatan tersebut di bulan September 2013 .[120]
syarikat penerbangan Garuda Indonesia menjadi ahli pakatan SkyTeam yang ke-20 pada Tarikh 5 Mac 2014.[121][122][123] Garuda pada mulanya dijangka memperoleh keahlian SkyTeam pada tahun 2012, tetapi proses penyertaan mengambil masa hingga Templat:Cardinal bulan untuk diselesaikan.[124]
pada November 2018, syarikat penerbangan China Southern Airlines mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan pakatan SkyTeam yang berkuatkuasa pada Tarikh 31 Disember 2019 .[125]
pada Tarikh 4 November 2019, syarikat penerbangan Air Europa mengumumkan rancangan mereka untuk meninggalkan pakatan SkyTeam kerana pembelian dari Kumpulan Syarikat Penerbangan Antarabangsa.[126]
Pada Tarikh 15 Oktober 2021, Alitalia menamatkan operasi oleh itu meninggalkan perikatan. [127] Syarikat penerbangan penggantinya, iaitu Syarikat Penerbangan ITA Airways mengumumkan secara terbuka rancangan untuk menyertai pakatan SkyTeam berikutan pemergian Alitalia, tetapi masih belum memulakan proses permohonan secara rasmi.[128][129]
Syarikat penerbangan penggantinya, ITA Airways menyertai pakatan SkyTeam pada 29 Oktober 2021.[130][131][132]
Pada Februari 2022, kedua-dua Delta dan KLM mengumumkan penggantungan perjanjian perkongsian kod mereka dengan Aeroflot berkaitan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022.[133][134]
Pada April 2022, Perikatan syarikat penerbangan SkyTeam mengumumkan penggantungan keahlian syarikat penerbangan Rusia Aeroflot. Penggantungan keahlian Aeroflot, disahkan di Laman Web Perikatan SkyTeam, dan Aeroflot mengesahkan penggantungan sementara keahlian syarikat penerbangan itu dalam perikatan itu. Ia sedang berusaha untuk meminimumkan kesan keputusan ini terhadap pelanggan. Syarikat penerbangan Rusia itu tidak berhenti menggunakan tanda dagangan, produk dan perkhidmatan SkyTeam, tetapi beberapa sekatan mungkin dikenakan pada keistimewaan perikatan dalam penerbangan Aeroflot PJSC. [135]
Senarai Ahli Penuh dan Ahli Gabungan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
At November 2018[kemas kini],[nb 2] syarikat penerbangan berikut adalah ahli SkyTeam:[142]
Senarai Ahli Penuh | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Senarai Ahli Masa Depan dan Ahli Gabungan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
|
Senarai Bekas Ahli Penuh dan Bekas Ahli Gabungan | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Senarai Bekas Ahli Penuh dan Ahli Gabungan saat Ini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Bekas Ahli Bersekutu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Penumpang yang memiliki Status ini akan mendapatkan beberapa faedah seperti berikut:
Penumpang yang memiliki Status ini akan mendapatkan beberapa faedah seperti berikut:
Senarai Tahap Kelayakan Program Penerbangan Kerap | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
SkyTeam Cargo ialah pembahagian Kargo (Pengangkutan Barang) dalam Syarikat SkyTeam. Setakat April 2019[kemas kini], pakatan kargo terdiri daripada dua belas ahli dari pakatan penumpang: Aeroflot Cargo, Aeroméxico Cargo, Air France Cargo, Alitalia Cargo, China Airlines Cargo, China Cargo Airlines, Czech Airlines Cargo, Delta Cargo, KLM Cargo, Korean Air Cargo dan Saudia Cargo.[234] Aerolíneas Argentinas Cargo, yang merupakan pemabahagian Kargo kepada syarikat penerbangan Aerolíneas Argentinas, bergabung kepada pakatan SkyTeam Cargo pada bulan November 2013 .[235] Saudia Cargo bergabung kepada pakatan SkyTeam Cargo pada Tarikh 15 April 2019.[236]
SkyTeam melancarkan liveri istimewa pada tahun 2009, bertepatan dengan hari jadi paktan yang ke-10, dengan Syarikat Penerbangan Delta Air Lines yang menjadi Syarikat Penerbangan yang pertama untuk mengecat dengan liveri istimewa SkyTeam pada Armada yang dimiliki. Warna itu terdiri daripada perak dengan kesemua logam badan pesawat dan biru tua empennage dengan logo SkyTeam di atasnya. Logo pakatan SkyTeam dicat di kedua-dua bahagian pada badan pesawat. Setakat Ogos 2016[kemas kini], liveri SkyTeam telah dipakai oleh 52 pesawat.[237]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.