Skala panjang dan pendek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Skala panjang dan pendek ialah dua dari beberapa sistem penamaan bilangan besar untuk bilangan bulat pangkat 10, yang menggunakan kata-kata yang sama dengan makna yang berbeza-beza.[1][2][3][4][5][6][7]
Untuk bilangan bulat kurang dari seribu juta (< 109) dua skala tersebut identik (sama). Untuk bilangan sama dengan dan lebih dari seribu juta (≥ 109) dua skala tersebut terbahagi/berbeza. Kedua skala tersebut menggunakan kata-kata atau penamaan yang sama untuk nombor yang berbeza; hal ini sering menyebabkan salah faham.
Negara-negara yang menggunakan skala panjang pada masa kini termasuk sebahagian besar negara-negara di Eropah daratan dan sebahagian besar dari negara-negara berbahasa Perancis, negara-negara berbahasa Sepanyol, dan negara-negara berbahasa Portugis kecuali Brazil. Skala pendek kini digunakan di banyak negara-negara berbahasa Inggeris, negara-negara berbahasa Arab, di Brazil, di negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan beberapa negara lain. Nama-nama angka tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa negara-negara di dunia, tetapi serupa di mana-mana kerana etimologi yang sama (misalnya, bilion ialah billón dalam bahasa Sepanyol). Beberapa bahasa, khususnya di Asia Timur dan Asia Selatan, memiliki sejumlah besar sistem penamaan yang berbeza dari kedua skala tersebut, misalnya sistem penomboran India.