Sistem barter
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem barter (juga dalam konteks fekah: muqayyadah - Arab: مُقَايَضَةcode: ar is deprecated muqāyadhah terbitan kata kerja قَايَضَ qāyadha "menukar; mengganti"[1]) ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang.[2]
Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.