Sistem APG II
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem APG II ialah sebuah sistem taksonomi tumbuhan yang diterbitkan oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma (APG) dalam karya-karya berikut:
- Kumpulan Filogeni Angiosperma (2003). Pengemaskinian untuk pengelasan Kumpulan Filogeni Angiosperma bagi susunan dan famili tumbuhan-tumbuhan berbunga: APG II. Botanical Journal of the Linnean Society 141: 399-436. (Boleh didapati dalam talian: Abstrak | Teks penuh (HTML) | Teks penuh (PDF))
Sistem APG II ialah waris untuk sistem APG. Setiap sistem ini merupakan sepersetujuan umum oleh sebilangan ahli botani sistematik yang bersatu di bawah APG dan bertugas dalam beberapa banyak institusi di seluruh dunia. Perkembangan selepas APGII boleh didapati di Gu tapak web APG .
Sistem APG II terbukti berpengaruh dan telah digunakan, baik secara seluruh mahupun sebahagiannya (kekadang dengan pengubahsuian) dalam sebilangan rujukan yang terkini.