![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/48/Flag_of_Singapore.svg/langms-640px-Flag_of_Singapore.svg.png&w=640&q=50)
Singapura dalam Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Singapura, secara rasminya Negeri Singapura, pernah merupakan salah satu daripada 14 negeri Malaysia dari tahun 1963 hingga tahun 1965. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 hasil penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa bekas tanah jajahan British iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Hal ini menandakan berakhirnya tempoh 144 tahun pemerintahan British di Singapura, bermula dengan penubuhan Singapura moden oleh Tuan Stamford Raffles pada tahun 1819.[3] Ketika penggabungannya dengan Malaysia, Singapura merupakan negeri yang paling kecil dalam negara mengikut keluasan tanah, tetapi yang paling besar mengikut bilangan penduduk.
Negeri Singapura State of Singaporecode: en is deprecated (bahasa Inggeris) 新加坡州code: zh is deprecated (Cina) சிங்கப்பூர் மாநிலம்code: ta is deprecated (Tamil) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1963–1965 | |||||||||
| |||||||||
Cogan kata: Majulah Singapura | |||||||||
Lagu kebangsaan: Negaraku Lagu Negeri: Majulah Singapura | |||||||||
![]() Jalan South Bridge, Bandaraya Singapura, Malaysia pada Februari 1965 | |||||||||
Status | Negeri di Malaysia | ||||||||
Ibu negara | Bandaraya Singapura | ||||||||
Bahasa rasmi | Melayu[1], Inggeris, Mandarin, Tamil | ||||||||
Agama | Buddha Kristian Islam[2] Tao Hindu Agama rakyat Cina | ||||||||
Kerajaan | Negeri dalam sebuah negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1963–1965 | Tuanku Syed Putra[3] | ||||||||
Gabenor[4] | |||||||||
• 1963–1965 | Yusof Ishak | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1963–1965 | Lee Kuan Yew | ||||||||
Badan perundangan | Dewan Undangan | ||||||||
Era Sejarah | Konfrontasi, Perang Dingin | ||||||||
16 September 1963 | |||||||||
9 Ogos 1965 | |||||||||
Keluasan | |||||||||
1964[1] | 670 km2 (260 bt2) | ||||||||
Penduduk | |||||||||
• 1964[2] | 1,841,600 | ||||||||
Mata wang | Dolar Malaya dan Borneo British | ||||||||
Zon waktu | UTC+07:30 (Waktu Piawai Malaya) | ||||||||
Format tarikh | dd-mm-yyyy | ||||||||
Arah memandu | kiri | ||||||||
Kod panggilan | +60 02[5] | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() | ||||||||
Catatan
|
Walau bagaimanapun, kesatuan itu tidak stabil kerana kesangsian dan perbezaan ideologi antara pemimpin-pemimpin Negeri Singapura dan kerajaan persekutuan Malaysia. Mereka kerap bercanggah pendapat tentang dasar kewangan, politik dan perkauman. Singapura terus menghadapi sekatan perdagangan yang ketara meskipun dijanjikan pasaran bersama dengan sebahagian besar hasil cukai sebagai balasan, dan membalas dengan menahan pinjaman wang kepada Sabah dan Sarawak. Dalam arena politik, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO/PEKEMBAR) yang berdasarkan kaum Melayu dan Parti Tindakan Rakyat (PAP/PETIR) yang berpusat di Singapura memasuki arena politik sesama sendiri, walaupun sebelum ini berjanji untuk tidak berbuat demikian. Hal-hal tersebut mengakibatkan rusuhan kaum besar di Singapura pada tahun 1964, sekurang-kurangnya sebahagiannya disebabkan oleh hasutan UMNO dan surat khabar berbahasa Melayu miliknya Utusan Melayu untuk tindakan afirmatif untuk Orang Melayu di Singapura.[4]
Hal-hal ini berkesudahan dengan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, dan pada 9 Ogos 1965, Singapura menjadi sebuah negara merdeka.